Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Mengaku Meliwat Suka Sama Suka ?



Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut kejadian seks luar tabie dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara berlaku atas dasar ‘suka sama suka’.
Anwar menyebut terma ‘suka sama suka’ itu pada 7 Ogos 2008, di luar bangunan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, ketika kali pertama kes itu disebut di mahkamah.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Selepas mendengar pertuduhan itu, di luar mahkamah, Anwar mula mencanang maksud ‘Seksyen 377B’ dan memperbesar-besarkan isu ‘Suka Sama Suka’.
“Ini pendakwaannya itu 377B maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang sahaja yang kena dakwa.
“Dah Suka (Sama) Suka dakwa dua-dua lah”, katanya.
Bukan setakat itu, mencanang isu ‘suka sama suka’ itu turut diwar-warkan oleh orang kanannya, Azmin Ali.
“Liwat suka sama suka..ni apa nak jadi ni..consensual act…maknanya engkau setuju, aku setuju..aku gosok, engkau lipat”, katanya.
Sebenarnya isu ‘suka sama suka’ yang bermaksud ‘perlakuan seks luar tabie di antara pasangan gay’ sudah lama dimainkan oleh para penyokong Anwar sejak kes tersebut mula-mula terbongkar kepada umum.
Zamri Idrus, peguam yang mewakili Saiful pada 21 Julai 2008 menafikan dakwaan yang mengatakan anak guamnya adalah seorang gay.
Menurutnya, Saiful bukan seorang gay atau biseksual, sebaliknya anak guamnya adalah seorang lelaki normal, iaitu seorang heteroseksual yang merujuk kepada orientasi seks dengan pasangan berbeza.
Kenapa perlabelan gay sengaja ditujukan kepada Saiful ?
Sebabnya untuk menjustifikasikan aktiviti seks itu berlaku secara suka sama suka. Kerana jika seorang gay atau biseksual melakukan aktiviti homoseksual dengan rakan sejenisnya, maka dianggap bukan satu ‘kesalahan’ kerana berlaku secara suka sama suka.
Namun begitu, jika berlaku aktiviti homoseksual di antara seorang gay atau biseksual dengan rakan bukan sejenis mereka (heteroseksual), maka dianggap satu ‘kesalahan’ kerana berlaku secara paksaan.
Persoalannya, dalam banyak hujah lain, kenapa Anwar dan Azmin akhirnya mengambil strategi memperbesarkan isu ‘suka sama suka’ ?
Seksyen 377B Kanun Keseksaan
Menurut perundangan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan bermaksud, “Sesiapa yang secara sukarelamelakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga dua puluh tahun, dan boleh juga disebat”.
Dalam mahkamah, Karpal Singh, Ketua Peguambela Anwar mempertikai Seksyen 377Byang dikenakan ke atas anak guamnya itu.
Katanya, sepatutnya anak guamnya didakwa di bawah Seksyen 377C yang membawa maksud kejadian liwat berlaku tanpa kerelaan dan bukannya Seksyen 377B yang membawa maksud kejadian liwat secara sukarela.
“Hubungan seksual secara sukarela antara lelaki bukan satu kesalahan di negara lain”, katanya.
Respon kenyataan Karpal, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata tiada asas Ketua Peguambela Anwar mempersoalkan perkara itu kerana ia adalah bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan mana-mana seksyen yang difikirkan paling sesuai dalam mendakwa seseorang itu.
“Tidak terdapat perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, perbuatan melakukan hubungan seksual luar tabie di dubur ialah satu kesalahan sama ada ia berlaku secara sukarela mahupun tanpa sukarela.
“Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza, hanya membabitkan hukuman lebih berat. Jika tanpa kerelaan, ia memperuntukkan hukuman yang lebih berat”, katanya.
Namun begitu, sepanjang prosiding ini berlangsung, Anwar dan Karpal terus konsisten mengatakan kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Penggulungan Karpal, 25 April
Dalam hujah penggulungan pihak pembela, 25 April, sebelum mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri atau tidak, Karpal merumuskan kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Karpal berhujah, kes liwat II (Mohd Saiful) sama dengan kes liwat I (Azizan Abu Bakar).
Kes liwat I merujuk kepada tuduhan Anwar didakwa bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar.
Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Namun, Anwar dan Sukma dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 atas faktor teknikal, iaitu didapati wujud elemen ‘suka sama suka’. Klikdi sini dan sini
Karpal Singh mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat I, di mana pada awalnya hakim Mahkamah Tinggi menerima keterangan pengadu, Azizan Abu Bakar tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati wujud elemen suka sama suka dalam aktiviti seks itu.
“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri,” katanya.
Karpal berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II terbukti apabila Saiful tidak meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, sedangkan dia boleh berbuat demikian.
Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful tidak menjerit atau lari dari tempat kejadian itu.
Dakwa Karpal lagi, lebih mengukuhkan lagi hujahnya selepas kejadian liwat itu, Saiful didakwa makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu bersama-sama Anwar selama 20 minit.
Hujah Bela Diri Anwar, 22 Ogos
Anwar Ibrahim ketika memberi keterangan bela diri dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011, masih berpegang teguh dengan kenyataan yang pernah dibuat pada 7 Ogos 2008, iaitu kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Anwar yang membacakan keterangan bertaipnya setebal 32 muka surat itu tidak mempertikaikan soal tarikh, tempat dan masa seperti dalam pertuduhan yang membawa maksud bersetuju dengan pertuduhan tersebut.
Malah, tindakan Anwar membaca semula keterangan-keterangan, Mohd Saiful ketika dibuat di mahkamah lebih mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.
Seperti hujah Karpal, Anwar berhujah mempersoalkan kenapa Saiful tidak melarikan diri dari bilik itu.
“Apabila disoal, dia (Saiful) menjawab dia merasa marah dan takut serta tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.
“Perlu diperhatikan pada peringkat ini, pengadu (Saiful) boleh meninggalkan bilik (Unit 1151) kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.
“Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walau bagaimanapun dia tidak berbuat demikian.
“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian”, katanya.
Lebih mengukuhkan kejadian itu berlaku apabila Anwar turut mengesahkan kewujudan bahan pelincir, KY Jelly.
“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Dia mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya.
“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.
“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya”, katanya.
Hujah Penggulungan Akhir, 12 Disember
Karpal Singh sekali lagi dalam hujah penggulungan terakhir, 12 Disember 2011, sebelum mahkamah membuat keputusan Anwar bersalah atau tidak merumuskan kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.
“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.
Karpal menyifatkan Saiful seperti sebutir bom yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.
Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.
Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.
“Kredibiliti SP1 (Mohd Saiful) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” katanya.
Karpal berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku dengan laju dan rakus, tetapi keterangan itu dicabar oleh saksi pakar pihak pembela, Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama itu.
“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 (Saiful) tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini”, kata Karpal.
Datuk Mohd. Yusof ketika membalas hujah pembela berkata Anwar dan pasukan peguamnya tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.
Tertuduh juga pada bila-bila masa tidak pernah membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan bagaimana air maninya boleh ditemui di dalam dubur Saiful.
Keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaacob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Saiful telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di Unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.
“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.
Sementara itu, menurut Mohd. Yusof, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit.
“Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004,” katanya
Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong.
“Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.
Keputusan sama ada Anwar bersalah atau tidak terhadap tuduhan meliwat Saiful akan ditentukan mahkamah pada 9 Januari ini.

Tiada ulasan: