Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Setelah Bebas, Anwar Tampil Jurucakap Homoseksual


Setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, barulah Ketua Pembangkang itu secara berani menjadi jurucakap bagi memperkatakan hak-hak homoseksual di Malaysia.
Fokus utamanya adalah berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan melakukan aktiviti homoseksual.
Seksyen 377 Kanun Keseksaan dijadikan sasaran kerana seksyen itu dianggap penghalang kepada golongan pengamal homoseksual untuk melakukan aktiviti mereka sama ada secara sukarela atau paksa.
Wawancara Anwar dengan BBC, 12 Jan, ketika Ketua Umum PKR itu berada di Mumbai adalah contoh terkini tentang pegangannya terhadap aktiviti homoseksual.
Ironiknya, wartawan BBC bertanyakan Anwar soalan berkaitan hak-hak golongan gay dengan bertanyakan adakah beliau bersedia menerima hak-hak yang sering dituntut oleh kumpulan gay terutamanya kebebasan mengamalkan aktiviti seks songsang atau beliau juga bersikap anti-diskriminasi yang yang sering dilihat oleh golongan hetroseksual (seks normal).
Anwar menjawab “kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”
“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu boleh ditonton menerusi laman web BBC Asiahttp://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714
Pandangan Anwar itu hampir sama dengan pendirian LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia yang disiarkan dalam laman rasmi mereka, seksualitimerdeka.org, di mana mereka menuntut agar undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia hari ini dimansuhkan kerana undang-undang lapuk yang mendiskriminasi orientasi seks minoriti, walaupun ia dilakukan atas dasar suka sama suka.
Katanya, Seksualiti Merdeka mengutuk kerajaan Malaysia yang telah menggunakan Kanun keseksaan 377 kepada dua orang lelaki dewasa yang melakukan seks secara suka sama suka kerana dianggapnya sebagai mendiskriminasi kumpulan seks minoriti melalui undang-undang kuno.
“Penindasan terbaru ke atas Anwar Ibrahim dengan menggunakan undang-undang ini telah mewujudkan suasana takut di kalangan golongan minoriti seksual dan terus menggalakkan stigma, diskriminasi, keganasan dan kebencian ke arah kami”, katanya.
Dalam wawancara BBC itu, Anwar berkata yang membawa maksud bahawa beliau bersetuju jika aktiviti homoseksual itu diadakan secara tertutup atas dasar suka sama suka.
“Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.
Kata-kata Anwar di atas menjadi topik hangat di internet.
“Apa maksud Anwar Ibrahim ini tuan-tuan? Baginya kalau paksa salah, suka sama suka tak mengapa. Lagi satu, jangan buat homoseksual di khayalak ramai, buat secara rahsia dan tersembunyi tak mengapa!”, katakhairulryezal
Pendapat khairulryezal disokong oleh matkilaupenang.
“Apa maksud Anwar ini? Maksudnya kalau liwat itu dilakukan secara private dan tidak di tempat terbuka maka ianya tidak menjadi satu kesalahan? Kalau liwat suka sama suka maka ianya juga bukan satu kesalahan?
“Pembebasan Anwar Ibrahim akan menyerlahkan lagi siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Rakyat boleh nilai sendiri siapa Anwar. Biarpun tidak ke penjara tetapi secara psikologinya Anwar sudah “terpenjara secara moral” dari kaca mata rakyat”, kata blogger matkilaupenang.
“Dalam bahasa mudah ialah, selepas Anwar jadi PM, hubungan jantan dengan jantan tapi suka sama suka, tidak lagi menjadi satu kesalahan dibawah Kanun Keseksaan seperti sekarang.
“Cadangan Anwar ini ialah pembuka jalan kepada perjuangan program Seksualiti Merdeka yang dinaungi kawan-kawan baik Anwar dalam Majlis Peguam untuk memberikan hak samarata kepada golongan Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual. Silap-silap, mereka juga akan diberikan hak sama seperti pasangan suami isteri normal seperti pelepasan cukai dan sebagainya”, kata blogger tepakbersulam2
“Anwar dijadikan alat oleh para pengamal hubungan songsang ini untuk menghapuskan sekatan itu di Malaysia di mana dia juga sama seperti mereka – sodomite.
“Kita perlu ingat, even di Amerika Syarikat pun hanya ada 6 buah negeri yang membenarkan hubungan homoseksual secara sah, di sesetengah tempat, hubungan jenis itu ditegah sama sekali kerana tidak sesuai dengan nilai masyarakat konservatif di bahagian negara tersebut.
“Malah tiada satu agama pun yang membenarkan hubungan homoseksual.
“Tapi Anwar satu orang (disokong oleh orang-orang ‘berkenaan’ di belakangnya), mahu melaksanakan perkara tersebut di Malaysia ini – dimana 53% masyarakatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam”, kata Adamyan, mykmu.net

Tiada ulasan: