Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Sultan Selangor Terima Anugerah Tertinggi Perancis


Post Pic

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dianugerahi pingat "Commandeur de la Legion d'Honneur" oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Anugerah itu yang mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis Edouard Guillaud di French Residence, di sini.

Sultan Sharafuddin diiringi anakanda baginda Tengku Zatashah, pada majlispenyampaian anugerah itu.

Turut hadir Duta Besar Perancis ke Malaysia,Martine Dorance.

Dalam ucapan baginda, Sultan Selangor bertitah baginda amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu dan melahirkan harapan hubungan antara Malaysia, bukan Selangor sahaja dan Perancis akan terus berkembang.

"Sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, beta amat bangga dengan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Perancis.

Dua buah kapal selam Scorpene kami (Malaysia) dikagumi oleh banyak pihak dirantau ini.

"Dan latihan anggota tentera laut kami, kebanyakannya di Brest, di mana mereka turut belajar bahasa Perancis, memperkukuhkan lagi hubungan kami," titahbaginda.

Guillaud, dalam ucapannya berkata, anugerah tertinggi Perancis itu dianugerahkan pada pemimpin penting dan warganegara negara yang menjalin hubungan dua hala baik dengan negara itu.

"Inilah bagaimana Presiden Republik Perancis memberikan merit kepada baginda(Sultan Sharafuddin) dalam perkhidmatan di Malaysia, angkatan tenteranya, angkatan tentera lautnya dan juga dalam perkhidmatan kepada rakyat di Selangor," katanya.

Beliau juga melahirkan penghargaan atas bantuan Sultan Sharafuddin dalam membantu mereka membina program kapal selam antara TLDM dan Tentera Laut Perancis.

"Bagi kedua-dua negara kita, program ini dari awal lagi merupakan tanggungjawab besar. Tentera laut Malaysia dan Perancis memilih jenis kapal selam yang terbaik dan melaksanakan program yang paling mencabar dan dengan berani membuka laluan bagi pasukan strategik Malaysian di hari muka," katanya.

Tiada ulasan: