Ini sebagai membantah ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini.
Sebelum 901, Zaid dilaporkan telah memohon maaf dengan Anwar dan
menyatakan hasratnya untuk sedia kembali ke pangkuan PKR. Zaid dikatakan
menyatakan sendiri hasratnya kepada Anwar ketika 901.
Maka dalam mesyuarat biro politik parti Anwar memaklumkan kepada
semua yang hadir dalam mesyuarat akan hasrat Zaid. Azmin yang duduk
sebelah Anwar bingkas membantah Anwar sambil menghentak meja. Dalam
ketakutan, Anwar terus mengalih kepada perbincangan lain bagi mengelak
suasana menjadi keruh.
Ada cakap-cakap di kalangan pimpinan PKR bahawa, Zaid ingin “mereka”
[IB mungkin dedahkan siapa "mereka" ini] bawa masuk kembali ke dalam PKR
bagi mengimbangi pengaruh Azmin yang melampau dalam parti dan
terutamanya terhadap Ketua Umum parti sendiri.
Tanggapan ini telah terbukti dengan apa yang berlaku di hadapan mata mereka semua dalam mesyuarat tersebut.
Dan terbukti Anwar amat takut dengan Azmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan