Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

BETULLAH KATA PAKATAN, FELDA AKAN BANGKRAP!!!

Langkah kerajaan menyenaraikan Felda di BSKL adalah satu langkah yang tepat untuk masa depan peneroka-peneroka. Walaupun pembangkang cuba memanipulasi perkara tersebut tetapi nampaknya ia tidak berapa jalan kerana peneroka-peneroka yakin usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Akan tetapi ada beberapa cerita yang tidak sedap didengar kebelakangan ini tentang segelintir manusia yang cuba menjadi lintah darat untuk mengambil kesempatan di sebalik penyenaraian tersebut. Lintah-lintah darat tersebut tidak memainkan peranan mereka secara tersurat sebaliknya memainkan peranan secara tersirat dengan menjual nama PM dan menggunakan PEMANDU.

Omar Ong satu nama yang tidak cukup asing kepada golongan-golongan koporat Malaysia dan nama yang amat-amat tidak disukai oleh Tun Dr Mahathir.

Mengikut maklumat yang diterima mengatakan Omar ong sekarang memainkan peranan yang cukup aktif di belakang tabir untuk mengaut keuntungan berlipat ganda di sebalik penyenaraian Felda. Difahamkan beliau sedang menggunakan tangan-tangan ghaib untuk pelabur-pelabur asing dapatkan saham Felda dibawah IPO dan selepas penyenaraian harga akan melambung tinggi dan mereka akan menjualnya. Dari sana mereka akan dapat untung yang banyak dalam tempoh yang cepat. Inilah yang dinamakan lintah darat.

Omar melalui syarikatnya Ethos juga dikatakan sedang memainkan peranan untuk memaksa 224,000 ahli Koperasi Peneroka Felda untuk menerima Redeemable Preference Shares (RPS), bukannya Ordinary Shares.

RPS adalah satu taktik yang akan digunapakai oleh untuk ikat kaki dan tangan serta kunci mulut ahli Koperasi Peneroka Felda walaupun KPF bakal menjadi pemegang saham terbesar Felda.

Semoga kerajaan dan Felda dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin sebelum Felda di senaraikan. Jangan beri kesempatan kepada lintah-lintah darat mengambil kesempatan di sebalik hasrat murni kerajaan.-
sumber

Tiada ulasan: