Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Berhemah tangani isu agama

                               Sultan-Muhammad-V-bersalaman-dengan-Menteri-Besar,-Datuk-Nik-Abdul-Aziz-Nik-Mat-sebelum-Pembukaan-Pe
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan semua pihak agar lebih berhemah dalam menangani isu-isu berkaitan agama kerana khuatir boleh mengundang bahaya kepada negara.

Baginda bertitah, menyuarakan pendapat yang boleh membakar perasaan penganut agama lain akan mengundang perpecahan, perbalahan, permusuhan dan peperangan.

“Polemik tentang agama harus diurus dengan cermat, berhemah serta bijaksana kerana isu-isu berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.

“Memang benar Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia, bagaimanapun dasar pemerintahan Islam tidak sama sekali menolak kepentingan penganut agama lain,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-12 Tahun 2012 di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Baginda bertitah, perkembangan mutakhir membimbangkan kerana keharmonian dalam kalangan penganut agama yang berbeza semacam sedikit tercalar dan ia berlaku kerana ada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air yang keruh.

“Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada dalam kalangan umat Islam atau bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, setiap perkara itu perlu diambil kira agar tidak mengundang bencana,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut menyentuh mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu bagi menjamin bekalan air kepada seluruh rakyat.

“Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya,” titah baginda.

Baginda bertitah, pelaksanaan projek-projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini telah melibatkan kerja-kerja menaik taraf 11 buah loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini.

“Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan telah bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dapat dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh masa terdekat.

“Pergerakan penumpang pada 2011 di lapangan terbang ini telah meningkat kepada kira-kira 1.13 juta penumpang. Jumlah pergerakan penumpang ini adalah yang tertinggi di antara lapangan terbang di Pantai Timur. Jumlah ini melibatkan penerbangan tiba dan berlepas
secara puratanya adalah sebanyak 40 kali sehari,” titah baginda.

Baginda berharap peningkatan kemasukan pelaburan tahun ini dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali, Pasir Puteh yang dijangka siap tidak lama lagi.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara.

“Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini seperti mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah,” titah baginda.

Tiada ulasan: