Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Terima Kasih Kerajaan Negeri Terengganu dan BN

                              Ibarat dapat durian runtuh

 Berkat kesungguhan dan ketekunan, seorang ibu kepada lima anak menjaja pelbagai jenis makanan dengan sebuah motosikal menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk menyumbangkan sebuah motosikal roda tiga kepadanya.
Wanita berkenaan, Noriani Deraman, 40, berkata, sumbangan itu ibarat mendapat durian runtuh kerana bukan sahaja memperoleh kenderaan tersebut malah, mendapat bantuan pelbagai jenis peralatan pertanian oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Menurutnya, sudah enam tahun dia menjaja pelbagai jenis kuih muih, lauk pauk dan sayur-sayuran dengan motosikal di kampung sekitar rumah di sini dekat Renek, Jabi.
“Saya bersyukur amat sangat kerana memperoleh motosikal roda tiga ini kerana sebelum ini saya berdepan kesukaran menjaja menggunakan motosikal biasa memandangkan banyak barang jualan yang saya bawa.
“Menjaja menggunakan motosikal dahulu bukan sahaja berbahaya, kerana di bahagian belakangnya lebih 20 jenis kuih muih tergantung menyebabkan saya sukar melihat kenderaan di belakang,” katanya.
Dia berkata demikian ketika menerima motosikal tersebut yang diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh di rumahnya di sini.
Noriani berkata, motosikal baru bernilai RM7,000 itu sudah pasti dapat memuatkan lebih banyak barangan berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Fama menyumbangkan pelbagai kelengkapan pertanian bernilai RM10,000 bagi memastikan suaminya dapat mengusahakan tanaman timun di tanah seluas 0.6 hektar di belakang rumahnya.
Pejabat Pertanian Daerah turut membantu membuat persediaan tanah dan khidmat nasihat kepada suaminya, Mohd Tridi Ahmad, 43, yang sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Menurut Ab Rahim, Kerajaan Negeri memberi bantuan tersebut dengan harapan Noriani dapat memasarkan sendiri hasil pertanian yang diusahakan suami serta dapat mempelbagaikan barangan jualan seterusnya meningkatkan ekonomi mereka sekeluarga.

Tiada ulasan: