Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

"Jaga Tanah Rizab Melayu", Titah Sultan Selangor

                                              
 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tanah rizab Melayu di negeri ini dijaga dengan baik dan tidak disalahgunakan.

"Kita akan ambil perhatian. Kita sudah ada pengkalan data (tanah rizab). Tuaku titah supaya kita perlu ketahui di mana tanah- tanah rizab lain.

"Kita mesti memberikan tumpuan bahawa kalau apa pun yang berlaku kepada tanah rizab Melayu, ia mesti dapat perhatian masyarakat," katanya pada sidang media selepas perasmian Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Sultan Sharafuddin semasa merasmikan sidang dewan tersebut menitahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid supaya memastikan pemilikan Tanah Rizab Melayu di Selangor tidak ditukarkan kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

"Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Datuk Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan Tanah Rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," katanya tadi.

Tanah rizab Melayu ialah kawasan tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah yang diperuntukkan kepada Melayu melalui gazet seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu (Selangor).

Tiada ulasan: