Pada 11/03/2012 Wira Perkasa Bandar Tun Razak(KL) telah menjalankan program Kunjung Ziarah bertempat di telok panglima garang,banting.pada program tersebut bantuan seperti kerusi roda,barang keperluan harian serta sumbangan wang tunai juga diberikan pada penerima.namun apa yang perlu diketahui ialah tentang semangat yang tidak hilang bagi seorang ibu tunggal yang sentiasa mencuba mencari rezeki dalam keadaan beliau yang begitu terhad,internet dijadikan salah satu cara untuk mencari rezeki dengan menjual kuih dan biskut namun ia hanyalah bermusim.tapi rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT yang sentiasa mendengar setiap doa dari umatnya.walaupun pelbagai rintangan yang dilalui termasuk dengan fitnah-fitnah datagnya dari kalangan mereka yang sihat tubuh badannya namun tidak pernah menghulurkan bantuan.inilah kehidupan didunia ini yang mungkin SAYA,ANDA,AWAK,MEREKA akan merasainya suatu hari nanti dikala badan semakin uzur,lupa semasa sihat.
apa-apa pun setinggi-tinggi tahniah buat Wira Perkasa Bandar Tun Razak(KL) yang telah memikirkan untuk membantu walaupun pada dasarnya Wira Perkasa Bandar Tun Razak(KL) tidak mempunyai Dana bagi tujuan program-program sebegini,tiada YB,Tan Sri,Dato atau mana-mana VVIP yang membantu namun mereka mampu dengan mengutip sumbangan dari kalangan ahli-ahli mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan