Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Peniaga terbeban sewa tinggi..tolonglah MPKlang


Koperasi Peniaga Pasar dan Usahawan Bumiputera Daerah Klang Berhad (Koputra) meminta jasa baik Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempertimbangkan semula kadar sewa yang dikenakan terhadap peniaga Bazar Uptown Nadi Kota yang dilihat di luar kemampuan para peniaga di sini.

Pengerusi Koputra, Mohd Zaini Mustafa berkata, kadar sewa yang dikenakan dilihat tidak mampu ditanggung peniaga di sini yang masih di peringkat awal memulakan perniagaan.

Menurutnya, pihak MPK mengenakan sewa tapak sebanyak RM6,700 sebulan termasuk permit RM5 sehari dan RM10 bagi caj tapak khemah.

“Berikutan harga tinggi yang dikenakan kepada Koputra jadi kita juga terpaksa mengenakan harga sewa yang tinggi kepada peniaga iaitu RM550 sebulan.

“Bagaimanapun peniaga-peniaga di Bazar Uptown Nadi Kota meluahkan rasa ketidakmampuan untuk membayar sewa yang dilihat tinggi sedangkan perniagaan mereka di sini baru sahaja beroperasi dengan tempoh perniagaan sekitar empat jam sehari bermula jam 10 malam hingga 2 pagi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Oleh itu, beliau berkata, sekiranya pihak majlis dapat mengurangkan kos sewa ini pihak Koputra juga akan mengambil pendekatan yang sama terhadap peniaga.

“Kita turut bersimpati dengan nasib peniaga bagaimanapun kita juga berhadapan masalah yang sama.

“Justeru itu, saya berharap pihak Majlis dapat mengambil kira luahan ini seterusnya mempertimbangkan permohonan kami segera,” katanya.

Menurutnya, pendekatan majlis yang memberi peluang kepada peniaga menjalankan operasi perniagaan di sini amat dihargai.

“Tetapi jika majlis dapat mempertimbangkan permohonan kami ini ia sekali gus membuktikan majlis terus membela nasib dan masa depan peniaga terutamanya peniaga Bumiputera di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata, permohonan agar pihak MPK dapat mengurangkan kadar sewa kepada peniaga-peniaga Uptown Nadi Kota sudah dihantar Koputra kepada MPK pada 1 Febuari lalu untuk dipertimbangkan.

Tiada ulasan: