Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Tidak Kecil Hati, Terima Pandangan Kamilia - Shahrizat

                                     

 Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa beliau agar meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut.
Shahrizat berkata, hubungan beliau dengan Kamilia adalah baik, malah menganggap Naib Ketua Wanita Umno itu sebagai kakaknya.
"Sebagai seorang Ketua Wanita (Umno), saya mesti menjadi payung dan adil kepada semua.
"Saya memahami cara kamilia. Tidak jadi satu perkara yg besar dan tidak berkecil hati. Apatah lagi pandangan dari seorang yang lebih berusia daripada saya.
"Beliau (Kamilia) sudah beri pandangan beliau. Saya terima. Kita sebagai satu keluarga. Sebagai ketua, saya mesti menerima semua pandangan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.
Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu.
Najib yang juga perdana menteri berkata, Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.
"Berdasarkan prinsip dan dasar kita (Umno) yang Shahrizat belum dibuktikan bersalah, maka tidak ada sebab untuk beliau mengorbankan atau meninggalkan jawatan itu (Ketua Wanita Umno)," kata Najib lagi.
BAGUSLAH KALAU TAK KECIL HATI,TAPI JANGAN PULA DICANTAS NANTI BILA PRU13 DAH SELESAI.....

Tiada ulasan: