Komen ringkas Dr Novandri tentang rakaman temubual bersama Lokman Noor Adamibarat kotak pandora keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah mula dibuka.Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah mula dibuka.
“Video menggemparkan ! Wan Azizah tak tahan dengan perangai pelik Anwar Ibrahim !!!,” rumus Dr Novandri blogger tersohor masa kini dalam menilai butir-butir percakapan Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan.
Dr Novandri merumuskan ada dua perkara penting yang dibangkitkan Lokman, pertama tentang perangai pelik Anwar berkaitan orientasi seksual dan kedua Azizah juga termasuk dalam mata rantai penerimaan dana penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Lokman, sosok menarik kerana pernah ditahan ISA, lantaran ketaksubannya membela Anwar sekeluarga dan akhirnya karier politiknya bersama PKR berakhir pada tahun 2004 apabila parti yang diperjuangkannya sejak tahun 1998 telah memecat keahliannya.
“Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?”, Soal AIDC.
Jawapan Lokman straightforward; “Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali… Saya ingat kali pertama, dia (Wan Azizah) kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni”.
Azizah-Shamsidar Dingin
Ada dua lagi insiden ‘letupan’ Azizah, tetapi kedua-duanya berlaku selepas Lokman keluar PKR. Maknanya bekas penolong Setiausaha Keadilan mendengar dari sumber ketiga, bukan berdasarkan pengalamannya sendiri.
Sebaliknya, butiran perkataan yang dihitamkan di atas berlaku ketika Lokman menjadi inner circle politik Anwar, menjadi mata rantai menyokong Anwar dalam kepimpinan Pemuda UMNO dan turun ke jalan raya menyertai protes-protes rakyat di era reformasi, setelah Anwar dipecat dari UMNO bermula 2 September 1998.
Bermula dari situ semakin dekat dengan keluarga Anwar, menyokong NGO ADIL dan seterusnya menjadi salah seorang pemain penting dalam Parti Keadilan Nasional.
“Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.
“Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena. Setiap kali Shamsidar datang rumah (Anwar), Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim.
“Dia (Rosli) kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini. Ini maknanya, ada something wrong betweenShamsidar dan Anwar Ibrahim “, kata Lokman yang menceritakan pengalaman masa lampaunya itu bersama keluarga Anwar.
Berdasarkan dua petikan kata-kata Lokman itu, dirumuskan dua perkara penting yang ingin disampaikannya.
Pertama, kes Azizah dipukul ketika Anwar masih lagi berada dalam kerajaan. Azizah telah mengadu kesnya kepada Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Lokman sebut aduan Azizah kepada Hasmah berkaitan juga tentang perangai Anwar suka ‘main belakang’.
Kedua, tentang hubungan ‘dingin’ di antara Azizah dengan Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.
Biseksual
Dua peristiwa yang disebut Lokman itu menggambarkan Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual.
Maklumat yang disampaikan Lokman itu pernah disebut oleh seorang lagi bekas inner circle keluarga Anwar, senator Ezam Mohd Nor yang mendakwa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual ketika diwawancara majalah Tempo, Indonesia tahun lalu.
“Semasa Anwar menjadi menteri, wujud tiga pihak lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumahnya yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali”, kata seorang lagi bekas inner circle keluarga Anwar yang menjadikan blog x-pkr untuk mencatatkan pengalaman-pengalamannya bersama keluarga itu.
Dedahnya, “Wan Azizah juga amat mencemburui kewujudan Sukma Darmawan kerana Anwar tidak pernah melarang Sukma daripada membeli dan memakai jenama-jenama yang mahal. Begitu juga dengan Azmin, Anwar sentiasa memberi perhatian kepada Azmin sekeluarga, berbanding dengan keluarganya sendiri.
“Percutian ke luar negara yang sepatutnya hanya untuk keluarga Wan Azizah, menjadi tawar kerana Anwar turut membawa keluarga Azmin bersama.
“Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema kehidupan Wan Azizah ini. Mereka tahu yang Wan Azizah pernah dimarah, diherdik dan ditengking oleh Anwar.
“Mereka juga tahu tidak melayan Wan Azizah sewajarnya sebagai seorang isteri. Pada mereka Anwar sentiasa melebihkan ‘orang lain’ daripada isterinya sendiri.
“Apabila Anwar dipecat, secara sinis ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam mengkritik Anwar dengan mengatakan ‘bini itu jugak lah yang bela dia’ yang merujuk kepada peranan Wan Azizah membela Anwar berbanding dengan pihak-pihak lain yang disayangi Anwar selama ini”
Baca selengkapnya pendedahan x-pkr dalam tajuk “Mengenali Wan Azizah Dari Sisi Lain“.
Azizah Mengadu Kepada Hasmah
Laman pro pembangkang, marhaen menceritakan secara terperinci pertemuan Azizah dengan Hasmah.
Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.
Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.
DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.
Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.
Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?
Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan Azmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan ‘citation’ di universitinya di luar negara.
Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.
Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.
Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.
Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.
Khairuddin Abu Hassan, anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan sepupu Anwar Ibrahimdilaporkan pernah berkata Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.
Dalam ceramahnya di Jelutong Khairuddin mendakwa, kali pertama Azizah meminta cerai daripada suaminya itu pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.
Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari.
Berdasarkan latar belakang di atas, mungkin dapat dirumuskan Azizah sebenarnya faktor penghalang suaminya Anwar menaiki tahta kerusi Perdana Menteri (PM), sedangkan ketika itu, hanya beberapa langkah sahaja lagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu dapat menduduki kerusi PM yang didam-idamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan