Ceramah PKR Parlimen Bandar Tun Razak pada 26.04.2012 sememangnya amat meriah dengan kehadiran seramai 2000 orang pada anggaran Anjoi Binjai walaupun bukan semuanya dari bandar tun razak sendiri,ada juga yang dari kawasan berhampiran seperti cheras,seri kembangan itu yang Anjoi Binjai tahulah sebab ada tanya mereka yang hadir,kebanyakannya hadir kerana nak dengar anuar dan kadir memberikan ceramah berbanding dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim,sbb tu masa Khalid memberikan ucapan ramai yang tidak peduli malah yang bertepuk tangan tanda sokongan pun macam bunyi anak kembar Anjoi Binjai bertepuk tangan je.namun apa yang agak kurang menarik bagi Anjoi Binjai ialah tiada peniaga dari Flat Sri Labuan yang diberikan peluang berniaga di situ sedangkan program ceramah ini di buat sebelah Flat berkenaan yang mana ia juga salah satu kubu kuat pkr dan peniaga-peniaga di Flat berkenaan juga sampai memasang bendera pkr pada gerai mereka,apa yang Anjoi Binjai lihat hanyalah pemuda-pemuda amk yg bekerja dengan DBKL dari flat sri labuan diberikan tugas menjaga lalu lintas sahaja.kehadiran Setiausaha BN saudara Zaharin Yassin yang memantau perjalanan ceramah berkenaan juga adalah amat baik sekali dan contoh yang harus diikuti pemimpin-pemimpin di Bandar Tun Razak untuk melihat sama ada mereka ini dikenali oleh penyokong-penyokong pembangkang atau tidak,tapi boleh juga Anjoi Binjai anggap kehadiran Setiausaha BN bandar tun razak juga mencerminkan bahawa BN bandar tun razak juga dalam keadaan yang sukar untuk merampas kembali kerusi parlimen P124 ini.kerusi parlimen bandar tun razak adalah diperuntukkan untuk MCA sejak dulu lagi dan juga diperkatakan mereka akan meletakkan pengerusi yayasan pendidikan bandar tun razak sebagai calon untuk PRU13 yang mungkin akan bertemu dalam gelanggang dengan ketua amk bandar tun razak saudara arman(anak saudara khalid ibrahim).rata-rata pengundi melayu di bandar tun razak ini mahukan wakil melayu dari kedua-dua parti yang akan bertanding di bandar tun razak pada pru13.namun jika BN meletakkan calon bukan melayu di bandar tun razak ini berkemungkinan BN akan kalah dengan majoriti yang agak lebih tinggi dari pru12.jika benar telahan Anjoi Binjai calon dari MCA ini maka sokongan dari penduduk flat sri labuan sendiri tidak mungkin akan memihak calon dari MCA ini kerana mereka juga tidak kenal beliau dan hanya satu program saja yang dibuat oleh yayasan pendidikan bandar tun razak di flat sri labuan dengan bantuan dari Wira Perkasa BTR itupun pada penghujung tahun 2011.kalau ditanya adakah mereka kenal senator ini maka ramailah penduduk flat sri labuan akan menggelengkan kepala jika ditanya.mungkin calon dari MCA ini tidak memerlukan undi dari penduduk flat sri labuan ini kerana mereka tidak penting bagi beliau.kalau diimbas kembali pada pru12,BN hanya berani pasang bendera BN hanya dari blok 1-4 sahaja dan blok 5-8 PKR menguasai.mungkin calon MCA ini masih buta mata dan hatinya.jika diberikan kerusi ini pada pada calon UMNO kita akan dapat melihat pertarungan yang amat sengit dalam memenangi kerusi parlimen P124 ini.Anjoi Binjai harap BN bandar tun razak akan dapat meneliti perkara-perkara kecil ini agar mereka tidak akan salah dalam menghitung kemenangan di PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan