Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Misteri Kehilangan Anwar…


Sekitar jam 12.55 tengahari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan penyokongnya di Masjid Negara.
“Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
Anwar ketika memberi ucapan kepada ribuan penyokongnya di sini berkata, perarakan ke Dataran Merdeka sebagai ‘memerdekakan’ dataran tersebut.
Beliau bersama pemimpin Bersih sebelum ini menggelarkan Dataran Merdeka sebagai ‘Dataran Penjajah’ apabila permohonan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh peserta himpunan.
Agendadaily melaporkan kejadian merempuh sekatan polis di Dataran Merdeka mungkin berpunca dari hasutan Anwar itu.
Beliau (Anwar) tiba di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman dari Masjid Negara kira-kira jam 2.35 petang menaiki kenderaan pikup dipercayai milik seorang anggota unit amal PAS.
Hampir 20 minit Ketua Pembangkang itu berada di atas kenderaan itu sambil melambai-lambai tangan kepada perserta Bersih.
Anwar juga menunjukkan isyarat meminta peserta Bersih 3.0 memberi laluan kepada kenderaan dinaikinya untuk membelok ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sebaik sahaja kenderaan itu membelok, Anwar kelihatan seperti memberi isyarat tangan langgar kawalan polis ke Dataran Merdeka.
Pada ketika itu terdengar jeritann ‘masuk…masuk’ dan seorang lelaki India dipercayai pemimpin PKR dari Negeri Sembilan menolak pagar yang diletakkan polis selepas kawat berduri yang dijadikan pagar dirosakkan peserta Bersih.
Ironiknya, ketika peserta BERSIH 3.O berusaha merempuh Dataran Merdeka, kelibat Anwar tidak lagi kelihatan.
Kemana menghilangnya Anwar Ibrahim, ketika para penyokongnya merempuh benteng di Dataran Merdeka dan tumbuk menumbuk di Sogo…

Tiada ulasan: