Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Tsu Koon Cabar Guan Eng Nyata Pendirian


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menyuarakan pendiriannya berhubung isu pindaan Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012.
Koh berkata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang harus menyatakan pendiriannya sama ada menyokong atau menolak pindaan itu kerana ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam di negeri itu.
"Kami cabar Lim Guan Eng untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu Kedah kerana setiap masa DAP sentiasa mengkritik tentang demokrasi, penekanan kepada badan kehakiman dan sekarang proses itu sedang berlaku di Kedah.
"Malah orang bukan Islam bimbang dan risau Kedah akan menjadi negeri Islam tulen tetapi tiada sepatahpun suara daripada DAP berhubung isu ini...Jadi, Lim Guan Eng apa kata anda?" kata Koh pada sidang media di pejabat Gerakan di sini.
Turut hadir Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.
Pada 17 April lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan peruntukan dalam Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012 untuk menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).
Undang-undang baru itu diragui kerana ia tidak menunjukkan demokrasi dalam Pakatan Rakyat kerana ia menghalang Fatwa yang diputuskan Mufti atau jawatankuasa Fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.
Sementara itu, Koh berkata beliau akan menyerahkan senarai calon Gerakan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April ini.
Bagi Anjoi Binjai yang baik untuk agama islam memang patut disokong.pedulilah...

Tiada ulasan: