Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Foto Badan Cantik Di Kelantan Tersebar


Minggu lalu tersebar di internet satu foto lelaki-lelaki (foto di atas) yang beraksi menunjukkan kecantikan badannya dengan satu banner berlatar belakangkan wajah Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Banner yang berlatar belakang wajah Nik Aziz itu bertulis “Kejohanan Badan Cantik, Mr Kelantan 2011″
“Menteri Besar Kelantan dok sibuk suruh perempuan-perempuan Kelantan menutup aurat, jangan berhias ketika keluar rumah, mengasingkan antara lelaki dan perempuan di pasaraya tetapi dalam bab lelaki-lelaki yang hampir bertelanjang di atas tak mengapa pulak”, soal blogger khairulryezal
Katanya, dalam soal pertandingan bina badan, PAS mengamalkan sikap double standard, menentang penganjuran tersebut ketika dianjurkan kerajaan Melaka, tetapi mendiamkan diri apabila dianjurkan oleh kerajaan Kelantan.
Menurut kelatekito.net pertandingan Badan Cantik itu diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu pada 9 Jun 2011.
“Wanita tidak boleh masuk pertandingan mengaji, tetapi lelaki boleh buka aurat nampak pusat. Ini Amat memalukan dan berlawanan dengan konsep Islam.
“Apakah selepas memperjuangkan negara berkebajikan Islam sudah ditinggalkan begitu sahaja”, soal laman itu.
Menurutnya, kain rentang di belakang pentas itu memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011.

Tiada ulasan: