Pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship(NECF)Rev.Dr Eu Hong Eng mempersoalkan Perlembagaan 153
Perkasa melahirkan rasa kecewa dan mengutuk bila mana ada seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship(NECF)Rev.Dr Eu Hong Eng mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat seperti Gereja di hari sambut perayaan penganut Kristian. Hal begini tidak pernah berlaku dalam ucapan atau Khutbah Iman bagi umat Islam semasa menunaikan solat Aidilfitri mahupun Aidiladha. Kata Syed Hassan Syed Ali selaku Setiausaha Agung Perkasa sebentart tadi. Tidak pernah diusik Perlembagaan Negara oleh Iman Islam. Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya. Lebih sedih ianya dipersoalkan dalam Gereja oleh Paderi. “Perkasa berpendapat Paderi tersebut tidak faham apa Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan. Dalam Fasal 153 ada menyebut kaum Bumiputera yang ada juga keturunan lain selain orang Melayu beragama bukan Islam termasuk juga Kristian”. Beliau merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh Dr Eu Hong Eng yang berkata “Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah serupa dengan perkara “membuli” jika ia hanya melindungi hak-hak satu kumpulan sahaja” “Apabila kita bercakap mengenai hak-hak hanya satu kumpulan, jika boleh saya mencadangkan, ianya saperti membuli,” katanya di majlis Minum Petang “Full Gospel Tabernacle” sempena sambutan hari Natal di Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) . Syed Hassan berkata “Paderi sepatutnya menyampaikan ucapan yang sihat sesuai pada hari perayaan penganut Kristian dgn mengajak semua ke arah keharmonian bukan menegangkan suasana. Paderi itu perlu ingat mereka peganut Kristian boleh mengamalkan agama mereka tanpa ada rasa bimbang dlm negara ini kerana adanya Fasal 153. Negara ini aman kerana adanya Fasal 153 yang menjamin kepentingan kaum Bumiputera penduduk majoriti dalam Negara ini”. “Jika tiada Fasal 153 pastinya akan ada ketegangan, dan hal ini yang dititikberatkan oleh pemimpin pemimpin dahulu dari pelbagai kaum berlainan ketika mempersetujui Fasal 153″. Kata Syedd Hassan lagi. Acara Minum Petang (Hi-Tea) tahunan itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, MCA Loh Seng Kok, DAP, Hannah Yeoh, PKR Chua Tian Chang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. “Pristiwa 13 Mei 1969 juga adalah berpunca dari Fasal 153 tidak dipratik dengan baik dan tegas. Bayangkan jika mahu dihapus pula Fasal 153 itu”. “Tidakkah Paderi tersebut melihat bagaimana kaum minoriti di AS juga tidak dapat hak yang sama dengan kaum majoriti, Lebih teruk lagi umat Islam di sana untuk menjalankan ibadat kerap diganggu”. Perkasa menggesa ketua ketua agama tidak menyentuh perkara sensetif. Amat bahaya jika ketua agama menyetuh perkara yang sudah dipersetujui yang mejadi asas pembentukan Negara ini. “Semua pihak perlu pegang pada perjanjian ini yang merupakan kontrak sosial. Jika tidak suka dengan perjanjian yang sudah ada awal penubuhan negara lebih baik tarik diri dari menjadi rakyat negara ini. Carilah negara yang lebih baik dari Malaysia”. Kata Syed Hassan mengakhiri kenyataan medianya sebentar tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan