Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Azizan: Kalau pelajar buat kacau, kena halang

Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian.
           
Kenyataan Azizan ini sekali gus menyangkal dakwaan banyak pihak yang menuduhnya tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar akan menghapuskan Auku jika dapat menawan Putrajaya.
           
Azizan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin PR dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam Auku iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.
           
“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan PR, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya.
           
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu Kuin seolah-olah serangan yang dilemparkan mahu menjatuhkan karier Menteri Besar Kedah itu, Azizan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.
           
“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya.

Najib: Kerajaan tiada kaitan dengan angpau putih perkasa

                      
Pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran Perkasa pada Ahad lepas, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Anggota Parlimen bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
 
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", Najib berkata : "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.
 
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."
 
Semalam Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong meminta Perkasa memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak
menghormati adat budaya kaum Cina.
 
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, envelop putih terpaksa digunakan.