Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas."
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian.
Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.
"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain.
"Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."
Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina.
"sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan