BUKAN SALAH NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN, BAS TAK JALAN SALAH UMNO!!!
Kejahatan UMNO sudah sampai ke kemuncaknya. Kekejaman UMNO telah mengakibatkan ribuan rakyat biasa yang bergantung kepada perkhidmatan bas henti-henti untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, merana. Kezaliman UMNO dan Kerajaan Pusat telah menyebabkan SKMK yang memiliki bas CITYLINER di Kelantan menggendalakan 31 daripada 37 laluan di seluruh negeri itu.
Walaupun Menteri Besar sebelum ini MENJUAL air liur kononnya akan memberikan bantuan RM400,000 untuk syarikat pengangkutan berkenaan menampung kerugian sekaligus meneruskan perkhidmatan bas, namun SALAH UMNO dan Kerajan Pusat kerana kegagalan Menteri Besar yang merupakan keramat hidup untuk menunaikan janji.
Satu lagi kezaliman UMNO dan Kerajaan Pusat ialah kerana telah menahan royalti minyak RM2 BILION. Kalaulah UMNO dan Kerajaan Pusat memberikan wang royalti tesebut, tentunya masalah sebegini tidak akan berlaku.
Agak aneh juga kerana ketika doa dan upacara munajat memohon pecah perut diadakan, tidak pula terfikir di otak sekalian pemimpin PAS di Kelantan untuk memimpin munajat agar menurunkan dari langit bagi menunjukkan bukti kepada UMNO betapa pemerintahan PAS di Kelantan mendapat bantuan dari langit. Hairan juga dengan alasan yang diberikan oleh PAS Kelantan kerana kegagalan Menteri Besar menunaikan janji diistinbathkan kepada PUSAT. (BACA DI SINI)
Nampaknya kekejaman UMNO dan Kerajaan Pusat telah menyebabkan ribuan pengguna bas henti-henti terkandas dan mengalami kesukaran. Sepatutnya Putrajaya telah mengatasi masalah tersebut memandangkan setiap segala masalah yang berlaku, termasuklah di halaman rumah Nik Aziz yang di depannya rumah kampung, di belakangnya banglo besar, adalah tanggungjawab UMNO.
UMNO perlu belajar dan perlu sedar bahawa tanggungjawab kerajaan negeri hanyalah berceramah, menabur janji, mendabik dada dan mengeluarkan cadangan yang bernas-bernas sepertimana yang dilakukan oleh Exco Kanan Kelantan, Husam Musa. Memang itulah tanggungjawab mereka!!!
Semuanya salah UMNO!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan