Keputusan telah dibuat. Hasan Ali enggan membuat rayuan kepada PAS berkenaan hukuman pemecatannya dari parti itu. Kata Hasan Ali, untuk apa dia merayu kalau sekadar rayuan itu untuk membesar-besarkan ego PAS tentang tindakan mereka.
Kata Hasan Ali, dia tidak menyesal kerana dipecat dari PAS, malah sebenarnya pemecatan itu jelas menunjukkan tali di hidung PAS dipegang oleh DAP dan PKR, sekalipun dari semasa ke semasa PAS cuba menyatakan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak pernah dikeldai-keldaikan sesama sendiri sebaliknya semuanya sedang bertahaluf siyasi!
Sebenarnya cakap-cakap orang merajuk ni, jangan diambil kira sangat. Hati tengah panas, memang akan keluar macam-macam cerita. Macam Anwar Ibrahim juga dulu. Bezanya, Hasan Ali tidaklah menggerakkan rakyat Malaysia dan berceramah dari satu tempat ke satu tempat menghasut orang ramai agar menjadi pengikutnya macam yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Adab dan tatacara Hasan Ali jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.
Cuma yang menariknya, para pecacai Pakatan Rakyat telah mengenakan satu label baru kepada Hasan Ali iaitu HASAN AKIDAH.
Konon-kononnya HINA SUNGGUH HASAN ALI kerana memperjuangkan AKIDAH umat Islam. Hasan Ali bagi mereka, cuba mendapatkan sokongan dan perhatian menerusi perjuangan AKIDAH sehingga mewajarkan label tersebut dilekatkan di hujung namanya.
HASAN AKIDAH.. itu gelaran baru kepada Hasan Ali.
Dan kalaulah itu yang terus diamalkan oleh para pecacai Pakatan, sokongan sebenar perlu diberikan kepada Hasan Ali kerana menjaga dan memperjuangkan akidah umat Islam adalah perkara paling pokok mengatasi segala perjuangan yang lain... jauh mengatasi memperjuangkan kelestarian UMNO, PAS apatah lagi DAP-PKR.
Yang mereka tidak sedar, mereka sendiri telah berterus-terang bahawa mereka adalah musuh umat Islam kerana cuba menyengutukan dan memperemehkan Islam dengan nilai-nilai politik kepartian dan pilihanraya umum semata-mata!
Tahniah Hasan Ali kerana gelaran HASAN AKIDAH jauh lebih baik daripada gelaran TOK GURU tetapi sebenarnya menjadi tentera-tentera Dajal Al-Masih!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan