Semenjak dipecat dari Pas hampir tiga minggu yang lepas tidak pernah sesekali Dr Hasan Ali menyebut nama sesiapa atau menyalahkan sesiapa.
Beliau hanya menggunakan perkataan parasit-parasit, tetapi tidak pernah sesekali beliau menyatakan kepada siapa perkataaan itu dirujuk.
Manakala orang yang paling banyak menyalak dan membabi gila menyerang Hasan Ali adalah Khalid Samad.
Kenapa dia panas semacam ?
Termamah cilikah ?
Seingat kami tidak pernah sekali pun Dr Hasan menyebut nama dia atau menyerang dia.
Terbaru adalah melalui laporan malaysiakini hari ini. Khalid Samad dilihat memperleceh dan menggambarkan Hasan Ali sudah tidak relevan dan tidak mendapat sokongan ahli-ahli Pas. Jika dalam istilah kedai kopi dipanggil tidak laku.
Jika Dr Hasan Ali seorang yang tidak laku , kenapa perlu Khalid Samad dan rakan sekonco-konconya terus menerus menyerang Dr Hasan. ? Tidakkah bodoh namanya itu apabila menyerang orang yang tidak laku ? Lebih kurang dengan anjing menyalak bayang-bayang sendiri.
Semenjak belum dipecat sehinggalah hari ini entah sudah berapa puluh kali Khalid menyerang Hasan. Manakala Hasan pula tidak pernah sesekali menyerang dia atau menyebut namanya.
Maknanya Hasan seorang yang masih relevan dan mampu membuatkan Khalid serta Pas goyah di Selangor. Yang tidak relevan dan tidak laku adalah Khalid Samad, kerana orang yang dipecat pun tidak mahu menyebut namanya atau menyerang dia.
Khalid Samad takut dan mula rasa goyah , sebab itu dia sedaya upaya cuba untuk memusnahkan kredibilti Hasan. Dia cuba kaitkan Hasan dengan Umno dan sebagainya. Tambahan pula menjelang ceramah Hasan di Shah Alam pada 30.Januari.2012. Dia nak supaya orang-orang Pas benci kepada Hasan dan memulaukannya. Tetapi nampaknya setakat ini belum berjaya lagi. Tindakan Hasan tidak melayan budak hingusan yang bernama Khalid Samad amat tepat sekali. Orang yang cerdik tidak akan melayan orang yang bodoh. Jika orang cerdik melayan orang bodoh akhir sekali dia pun turut sama akan jadi bodoh.
Antara salah satu sebab utama Khalid Samad memusuhi Hasan adalah kerana dia gagal mendapat tauliah dari JAIS untuk menjadi khatib bagi membaca khutbah jumaat. Dalam bab tauliah Hasan tiada kuasa penuh untuk memberi tauliah. Ianya ditentukan oleh pegawai-pegawai JAIS.
Khalid pernah diberi tauliah sementara untuk tempoh tertentu bagi membolehkan dia membaca khutbah. JAIS tidak boleh menyambung tauliahnya selepas itu kerana Khalid didapati gagal membaca khutbah dengan baik dan baca doa pun tak betul. Pihak JAIS meminta dia perbaiki yang tidak betul dan belajar membaca doa. Tetapi dia enggan dan berperang dengan JAIS. Khutbah dan doa bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana jika silap langkah boleh batal sembahyang jumaat semua orang. Jika itu berlaku maka JAIS yang akan menanggung dosanya.
Dia punya gebang kononnya dia tidak diberi tauliah untuk berkhutbah seolah-olah tahap keupayaannya menyamai iman Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Sedangkan dia punya keupayaan hanya paras buku lali Dr Hasan Ali.
Bukan niat kami di selangordaily.com untuk menghina atau merendahkan martabat orang. Tetapi kami nak ajak anda berfikir dengan minda yang terbuka.
Kata orang tua-tua, jika kita berkunjung ke rumah orang dan kita nak tahu tahap kebersihan tuan rumah tersebut , rajin-rajinlah jengok ke tandas rumah tersebut. Janganlah pula masuk rumah orang terus tuju ke tandas. Itu sudah dikira biadab namanya. Buat-buatlah alasan nak tumpang tandas. Jika tandasnya bersih bermakna tuan rumah itu seorang yang pembersih dan cukup prihatin dengan kebersihan. Jika tandasnya membuat anda geli geleman , maka anda faham-fahamlah bagaimana keperibadian tuan rumah tersebut.
Begitu juga manusia, jika kita nak menilai perangai,sikap, hati budi serta iman mereka , kita boleh lihat melalui penampilan serta air muka mereka.
Jika air mukanya kotor, janggut dan misai berserabut , bulu hidung terjulur keluar, pakaian selekeh dan badan berbau kurang menyenangkan maka anda faham-faham sendirilah bagaimana perangai, sikap, budi dan iman individu tersebut.
Jika janggut, misai dan bulu hidung yang berada di muka pun berserabut dan berserabai, bagaimana pula dengan bulu-bulu di bahagian lain yang kita tak nampak ?
Sifirnya mudah sahaja, jika seseorang itu tidak mampu untuk menguruskan badan sendiri, janggut, misai dan bulu hidungnya , jangan haraplah dia mampu menguruskan masalah-masalah lain yang lebih besar termasuklah masalah rakyat. Orang yang seperti itu dia berperangai kebudak-budakkan dan otaknya tidak mampu berfikir serta bercakap ikut suka keluar dari mulutnya. Orang seperti itu jika dia ada pengikut atau penyokong, bermakna pengikut dan penyokongnya terdiri dari orang-orang bodoh yang tidak mampu menilai keperibadian serta perangai seseorang. Orang yang cerdik dan ada akal tidak akan menjadi pengikut orang bodoh.
Jika anda nak tahu antara Dr Hasan Ali dengan Khalid Samad siapa yang mempunyai keperibadian,dan akhlak yang mulia serta yang mana satu diantara mereka orang yang beriman, anda ambillah gambar mereka berdua dan letak sebelah-menyebelah dan bandingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan