“Sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel ? Malah setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel. Apa Anwar tidak tahu semua ini ?”kata Senator Ezam Mohd Nor ketika diminta mengulas jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Kata Anwar seperti dilaporkan portal Malaysiakini wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.
Menurut Ezam, Anwar memang sengaja mengeluarkan kenyataan yang bersifat pro-Israel bertujuan untuk mengembalikan imejnya di peringkat antarabangsa yang semakin tercalar.
“Dia (Anwar) tahu tetapi yang penting bagi Anwar adalah (kepentingan) dirinya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan Yahudi selepas menghentam APCO tempoh hari adalah buat kenyataan pertahankan hak Israel seperti yang dinyatakan dalam Wall Street Journal tempohari”, katanya.
Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, pemerhati politik berpendapat walau apa pun alasannya, kenyataan yang bersifat pro Israel tidak perlu diucapkan oleh individu yang mendakwa mahu menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia.
Apatah lagi bila Anwar berkata mahu mempertahankan negara Israel dan memberi bayangan akan mengkaji hubungan diplomatik Malaysia – Israel apabila beliau berkuasa.
“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” kata Dr. Azmi Hassan, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan