Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chor Chee Heung berkata, “Jika MCA
ada hubungan dengan Perkasa, kenapa Perkasa mengadakan demonstrasi di
ibu pejabat MCA dan mendesak anggotanya agar tidak mengundi calon MCA
pada pilihan raya umum akan datang?
"Jika apa yang dikatakan Lim Guan Eng pada Selasa adalah benar,
adakah ia menandakan sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan yang
meminta anggotanya memboikot DAP, akan senyap-senyap bekerjasama dengan
DAP? Ini benar-benar dakwaan yang tidak berasas.
"Saya menasihatkan Lim Guan Eng jangan sesekali menyalahkan MCA tanpa
alasan kukuh, jika tidak ia akan menjadi tidak munasabah,” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Chee Heung berkata, dakwaan Guan Eng bahawa MCA mempunyai hubungan
dengan Perkasa hanyalah ”semata-mata mahu menyembunyikan hubungan rapat
antara DAP dan Pas”.
Isu tentang MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa timbul apabila
pengerusi cawangan MCA dilihat pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina
anjuran Perkasa di mana presidennya, Datuk Ibrahim Ali telah memberikan
wang di dalam sampul putih, yang mana ia adalah dilarang dalam adat
resam masyarakat Cina. — BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan