Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Bibit kebencian ahli PAS terhadap Karpal mula subur kembali


Pas sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar, kata Pengerusi Tetap Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar.

Sehubungan itu beliau berharap Pas dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor.

"Kami meminta supaya Pas kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam seperti mana yang dibawa oleh Fadzil Noor.

"Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti," katanya di hadapan Pejabat Pos di Komtar di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mengetuai beberapa ahli Pas Tanjong mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membantah pendirian parti itu menentang sambutan Hari Kekasih, yang disambut hari ini.

Zaidi berkata, parti itu kesal dengan kenyataan Karpal yang mengkritik tindakan Dewan Pemuda Pas yang mencadangkan agar sambutan itu diharamkan.

"Karpal tidak seharusnya mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal Islam kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya dalam usaha untuk mengekang gejala sosial yang kian menular.

"Jangan guna alasan hak asasi manusia. Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hak orang Islam? Bantahan ini berdasarkan hukum Islam, kenapa Karpal campur tangan," katanya.

Berikutan bantahan itu, mereka turut membawa poster Karpal dan melekatkan penampal luka pada bahagian mulut sebagai simbolik supaya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak campur urusan Islam.

Zaidi berkata, Pas hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghalang orang Islam daripada melakukan kemungkaran seperti yang disyariatkan dalam ajarannya.

"Pas Tanjung tidak mahu beliau (Karpal) mencampuri urusan yang membabitkan orang Islam, dan jangan menggunakan isu hak asasi manusia untuk menentang usaha Pemuda Pas menangani gejala sosial," katanya.

Ahad lalu, Karpal berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu tindakan yang baik.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan, Karpal menggesa ia menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan meminta Karpal tidak mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang Pas bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

Karpal diminta tidak mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.

Tiada ulasan: