Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Malaysia konsisten sokong Palestin




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.
Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.
‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).
‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu. Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kekecewaan dan kebimbangan Palestin terhadap kenyataan Anwar dalam temu bual yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Kekecewaan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.
Najib memberitahu, apa yang diperkatakan Anwar itu diyakini mengundang rasa kecewa rakyat Palestin yang sekian lama menderita ekoran kekejaman rejim Zionis Israel.
‘‘Amat jelas mereka (rakyat Palestin) kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar. Kita tidak boleh menggunakan apa yang kita cakap kepada khalayak berlainan untuk melihat hasil yang berbeza.
‘‘Apa yang penting, kita perlu konsisten kerana apa yang kita cakap, walau di Bachok atau Jerantut sekalipun, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia,’’ katanya.
Mengenai desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ jika kenyataan itu telah diputar-belitkan, kata beliau, Pas juga telah bersuara agar Anwar melakukan apa yang didesak oleh parti berkenaan.
Dalam pada itu di Pokok Sena, Kedah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan Pas agar Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan Israel menjelaskan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak sehaluan dalam pandangan dan perjuangan.
Kata beliau, Pas, DAP dan PKR walaupun bergabung namun mereka sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza dan tidak sehaluan.
“Kenyataan Nik Aziz mencabar Anwar itu sesuatu yang sangat serius menjelaskan bahawa terdapat pertelingkahan antara mereka. Lebih banyak Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Nik Aziz dan Anwar bercakap, lebih ketara perbezaan dan pemikiran mereka.
“Rakyat harus ambil iktibar daripada perkara ini supaya mereka faham siapa sebenarnya pakatan pembangkang. Ini satu iktibar atau peringatan kepada rakyat tentang siapa mereka, perjuangan mereka, ideologi mereka dan perjuangan pemimpin dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Tiada ulasan: