Dua Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Selangor, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari dicabar menyaman
pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sekiranya
dakwaan pembabitan mereka dalam skandal rasuah pasir di negeri itu
tidak benar.
Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan
tersebut perlu dilakukan segera bagi membuktikan kedua-dua wakil rakyat
daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terlibat sekali gus
membersihkan integriti dan nama baik mereka.
“Shuhaimi
yang suatu ketika dahulu lantang bersuara dalam isu rasuah pasir di
Selangor perlu tampil membela diri dengan memberi penjelasan bagi
menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut.
“Ini
sekali gus dapat membersihkan nama beliau selaku pemimpin masyarakat,
bukan mengalih perhatian rakyat dengan menghentam Raja Petra di dalam
blognya.
“Saya
juga ingin menasihatkan Amiruddin supaya tidak membuat sindrom sepi
atau membisu. Beliau perlu berani ke depan membuat kenyataan bagi
membersihkan keadaan, bukannya menghilangkan diri,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan