Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Si Penyamun Jual Si Penyangak....

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya.

Tiada ulasan: