Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Pasport ditahan tetapi Pengerusi NFC masih ke luar negara



Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bercanggah dengan dakwaan kerajaan Umno-BN projek itu telah ditender semula kepada syarikat lain dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.
“Pada 27 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa projek ini telah ditender semula dan akaun NFC dibekukan. Oleh itu, mengapa Pengerusi NFC bebas ke luar negara termasuk ke Singapura dan Kazakhtan atas alasan urusan perniagaan? Adakah operasi perniagaan NFC berjalan seperti biasa?” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
13 April lalu, Mohamad Salleh, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta ‘signatory’ Syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April untuk memastikan perniagaan di sana berjalan lancar, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazakhstan untuk mencari lokasi baru membuka ladang baru pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana.
Pasport itu akan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini iaitu 48 jam selepas kembali ke tanah air.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak, kerajaan bertanggungjawab atas segala pembohongan mengenai pembekuan operasi NFC.
“Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggung jawab kepada persoalan ini. Walaupun kes ini masih dalam  perbicaraan mahkamah namun kerajaan harus bertanggung jawab memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana,” katanya.

Tiada ulasan: