Ahli Dewan Tertinggi Perkasa,Abu Bakar Yahya berkata siasatan segera harus dilakukan bagi memastikan pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan yang bertugas semasa Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14 Dr.Rahman yang juga disahkan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor itu benar atau pun tidak,kerana ia akan membuatkan masyarakat semakin keliru dengan permainan ahli politik pada hari ini.jika benar ia berlaku maka dengan jelas mereka tidak menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Negara sekali gus mereka seakan memperlekehkan penerima-penerima darjah dan anugerah membawa gelaran tertentu yang diterima daripada Yang Di-Pertuan Agong sendiri,Sultan dan Raja termasuk Yang Dipertua Negeri,sedangkan mereka tahu Rukun Negara kedua dan ketiga jelas menyatakan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan.beliau yang juga merupakan Pengerusi Perkasa Daerah Klang berharap perkara ini perlu disegerakan siasatannya dan dibendung demi keselamatan dalam negara.
Perkasa Daerah Klang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berkenaan dengan pendedahan sikap beberapa Ahli Politik dari Pembangkang yang mempersendakan Sultan dan Raja Melayu termasuk Pemimpin Tertinggi Negara pada Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan