PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman
DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan
Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal
dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang
berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal
dilaksanakan pada September nanti.maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan
fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar
kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat
Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.
Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat
Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan
mendaftarkan diri ke dalam program ini.maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan
lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan
rakyat Selangor keseluruhannya.banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan
negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata
berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.Simpanan yang
tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah
petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini
tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah
RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan
untuk program tersebut.Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima
pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi
tujuan pembangunan Putrajaya.kejayaan program ini nanti, ditambah dengan
pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang sebutkan di
atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan