Laman web rasmi Human Rights Watch menyiarkan artikel berbentuk kecaman terhadap Malaysia kerana mengamalkan undang-undang berlandaskan Islam yang mengharamkan liwat atas alasan ia ketinggalan zaman.
Tajuk artikel tersebut iaitu “Malaysia: Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks sejenis atau liwat.
Sekali gus, mengesahkan juga bahawa segala tuduhan fitnah dan konspirasi terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selama ini, hanyalah rekaan Anwar semata-mata. Begitu juga dengan tuduhan kononnya sistem kehakiman Malaysia adalah berat sebelah.
Adalah difahamkan bahawa gerakan membebaskan Anwar yang dirancang pada 9 Januari ini juga dikatakan akan melibatkan golongan pengamal seks songsang (LGBT) yang akan turut bangkit menuntut hak mereka dengan sama-sama berdemonstrasi dengan penyokong Anwar secara serentak atau berperingkat-peringkat.
Nampaknya Anwar tidak lagi berusaha menyembunyikan dirinya yang sebenar atau seperti kata orang putih ‘coming out of the closet’. Dia kelihatan semakin yakin menonjolkan dirinya sebagai pengamal seks songsang yang bertentangan dengan Islam.
Mungkin keyakinan ini ada kena mengena dengan laporan akhbar mengenai peningkatan jumlah golongan gay di Malaysia.
Jika diamati hujah-hujah pembelaan dirinya di mahkamah juga kita akan mendapati bahawa Anwar tidak bersungguh-sungguh cuba menafikan yang dia meliwat tetapi hanya cuba menekankan bahawa liwat tersebut adalah atas dasar suka sama suka.
Berdasarkan fakta ini, serta bersandarkan sokongan terbuka ahli-ahli politik dan NGO luar negara yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT termasuk Human Rights Watch, kita akan mendapati bahawa Anwar sebenarnya secara halus telah lama mengakui dirinya seorang peliwat.
Malangnya, penyokong-penyokongnya masih ramai yang buta akan apa yang Anwar cuba jelaskan kepada mereka. Ramai yang masih menyanjungnya sebagai pejuang Islam sejati, manusia warak hatta Imam Mahdi, mengikut ceramah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin baru-baru ini. Astaghfirullahaladzim…
Apa yang janggal lagi pelik di sini ialah apabila sebuah parti yang berjenama Islam sama-sama bersekongkol, menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim.
Bayangkan pak-pak lebai berketayap, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berjanggut sejemput berimej warak bersama-sama dengan mak-nyah, gay dan lesbian berarak dengan penuh semangat di jalanan, merempuh segala sekatan polis demi mentabalkan Perdana Menteri biseksual pertama di dunia, di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.
Sedangkan hakikatnya, Anwar telah pun mengakui dirinya seorang peliwat secara tidak langsung. Rakan-rakannya, ahli-ahli politik serta NGO luar negara yang memperjuangkan hak LGBT sendiri telah mengesahkannya. Peguam-peguam Anwar juga tidak menafikannya.
Justeru, tidak ada alasan bagi pak-pak lebai, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berimej warak termasuk golongan yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, untuk menyatakan sebaliknya mengenai Anwar kecuali jika mereka benar-benar yakin bahawa Putrajaya adalah transit ke syurga.
Revolusi 901 yang dilaungkan Anwar bukanlah perjuangan seorang mangsa konspirasi yang menuntut keadilan. Ia adalah perjuangan seorang peliwat yang menuntut hak untuk meliwat – itu saja.
Selebihnya, ia adalah perjuangan para penggila kuasa untuk merasa kerusi empuk Putrajaya yang suatu ketika dahulu ingin dilelong mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan