Helme Hanafi, Agendadaily – INI kes serius dan sudah melampau … sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah ‘pemujaan’ bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘pemimpin yang ditunggu’ untuk membebaskan Masjid Aqsa.
Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.
Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkinbaru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.
Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi… Tidak ada sama sekali.
Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.
Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.
Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.
Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa.”
Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.
“Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya,” kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya “Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan,” tulisnya sambil tweet url video tersebut.
Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini…padan patutlah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan