PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA DI HADAPAN BANGUNAN KPT
Terbukti hari ini apabila ribuan mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS pada petang tadi berkumpul SECARA AMAN dalam suasana tenteram di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi, dengan penuh harapan untuk menyerahkan memorandum dan resolusi mengecam tindakan MAHASISWA PELAMPAU, Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri serta di katakan memijak bendera terebut.
Insiden pada 17hb itu di terjemahkan hari ini apabila ribuan Mahasiswa berkumpul di hadapan bangunan KPT, Putrajaya seawal jam 2.00 ptg tadi. Kira-kira lebih dari 1000 mahasiwa yang hadir menunjukkan sokongan kepada Pentadbiran Perdana Menteri dan mengecam hebat tindakan Adam Adli melalui SMM dan BEBAS (sedangkan tidak la bebas sangat bila jadi kaldai PKR).
Namun apa yang mengecewakan mereka, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sehingga tamat perhimpunan kira kira jam 5.00 ptg, tidak muncul-muncul.
Jelas bahawa, Saifuddin Abdullah telah mengetepikan hasrat majoriti Mahasiswa yang amat berharap menyerahkan resolusi dan memorandun kepada kementerian yang bertanggungjawab. Sedangkan Saifuddin sanggup berjumpa dengan BEBAS dan SMM di tempat yang tidak sepatutnya iaitu PWTC. Kekecewaan mereka di terjemahkan dengan laungan "letak jawatan" oleh wakl mahasiswa yang hadir.
Namun apa yang mengecewakan mereka, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sehingga tamat perhimpunan kira kira jam 5.00 ptg, tidak muncul-muncul.
Hujahan yang cukup matang dan bernas daripada wakil mahasiswa dalam memberikan pandangan yang cekup jelas dalam hala tuju Mahasiswa dalam negara ini. Lihat temuramah didalam video dibawah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan