NOVEL Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain menggantikan Interlok bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.
KUALA LUMPUR: Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.
Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetengah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan