Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Jangan perjudi nasib negara



Orang ramai diingatkan supaya tidak turut serta dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 yang boleh mengundang pelbagai malapetaka kepada negara.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, rakyat tidak boleh memperjudikan nasib negara untuk menuntut pembebasan seorang yang dihakimi melalui sistem perundangan.
"Jumlah 100,000 penyokong yang mahu dikumpul bukannya sedikit. Banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Tidak mustahil akan berlaku kekecohan dan kekacauan yang akan menggugat keamanan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali baru-baru ini membuat kenyataan untuk meneruskan Kempen Bebaskan Anwar 901 di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini dan menyasarkan dapat mengumpul 100,000 penyokong.
Ibrahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan hasutan penyokong Anwar dan pemimpin parti politik yang tidak akan bertanggungjawab terhadap apa yang mungkin berlaku pada hari berkenaan.
"Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk membebaskan Anwar. Jika keputusan tidak berpihak kepadanya, apa yang bakal terjadi mungkin sudah boleh diramal," katanya.
Amaran yang sama turut ditujukan kepada golongan mahasiswa supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti demonstrasi jalanan.

Tiada ulasan: