Kementerian Pelajaran memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada 9 Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu memandangkan polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan tersebut.
''Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak dan Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endod.
Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk mempertahankan politiknya.
Jelas beliau, kempen itu sebenarnya mempunyai niat buruk kerana mengajak rakyat supaya menghina institusi kehakiman negara.
Beliau menambah, jika Anwar boleh menangguhkan perbicaraan kesnya sehingga dua tahun, mengapa dia tidak menggunakan mahkamah untuk mengemukakan rayuan jika didapati bersalah.
''Sepatutnya sebagai pemimpin yang melaung-laungkan demokrasi, Anwar perlu berasa tanggungjawab atas segala kesalahan yang dilakukan dan menggunakan haknya untuk merayu di mahkamah dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menuntut haknya.
''Saya fikir tindakan seperti itu adalah lakonan semata-mata kerana Anwar tahu dia sudah kehabisan cara untuk mempertahankan kesalahan moral yang dilakukan," katanya.

HEEEMMM BIAR JE LA,SENANG SIKIT NAK TAHU SIAPA CIKGU-CIKGI NI......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan