Isu Anwar Dan Israel Hangatkan Dewan Rakyat.
Kontroversi kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan Israel mencetuskan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua pihak saling bertikam lidah antara satu sama lain hingga menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat kecoh selama hampir 30 minit.
Kekecohan bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai) bangkit membantah jawapan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang disifatkannya cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana hanya memetik sebahagian kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Bagaimanapun Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis tidak menghiraukan bantahan Izzah dan terus menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Juslie Ajirol (BN, Libaran) berhubung sumbangan yang telah diusahakan Malaysia terhadap Palestin.
Izzah kemudianya mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Anifah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan yang mengelirukan pada persidangan Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan selepas mengkaji Peraturan Mesyuarat tersebut.
Tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan, Izzah sekali lagi bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(b) yang menuntut speaker membuat keputusan sewaktu kejadian berlaku.
Namun Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya untuk membuat pertimbangan mengenai isu yang dibangkitkan selepas kajian terpeinci dibuat.
Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Azmin Ali (PKR, Gombak), Datuk Saifuddin Nasution (PKR, Machang) Khalid Samad (PAS, Shah Alam) dan M. Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)bangkit membantah kenyataan Anifah.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Anifah cuba menyembunyikan fakta keseluruhan kenyataan Anwar yang disiarkan WSJ pada Januari lalu.
"Kalau nak sentuh isu ini, menteri jangan sembunyikan fakta. Kenapa tidak nyatakan keseluruhan petikan kenyataan Ketua Pembangkang?
"Malah menteri dengan sengaja dakwa Ketua Pembangkang merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin...ini tafsiran yang salah dan nyata bertentangan dengan apayang dimaksudkan Ketua Pembangkang.
"Sebaliknya surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel menunjukkan kerajaan Umno dan BN menjalinkan hubungan dengan Israel," katanya.
Bagaimanapun Anifah menegaskan bahawa Malaysia konsisten dan sentiasamemainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan dalam konflik Israel-Palestin.
"Tak seperti Ketua Pembangkang, kerajaan BN bercakap menyenai isu keselamatan Palestin dahulu...itu lebih penting.
"Tapi Ketua Pembangkang ambil pendekataan berbeza iaitu mahu menjaga keselamatan Israel walaupun meletak syarat tertentu," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan