Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Shahidan BANTUT Hajat Anwar di Perlis…


Azmin sudah dikerah minggu lepas untuk turun ke Perlis dan melaksana agenda menawan Perlis dalam PRU yang akan datang. Menurut Anwar, Perlis masih lagi sebuah Negeri yang penting walaupun kecil dan terletak di hujung utara Malaysia. Pada Anwar, Perlis masih lagi sebuah Negeri. Kalau PR mampu menang dan menawan Perlis; ianya masih lagi sebuah kemenangan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat.
Apa advantage PR di Perlis? Advantage yang paling nyata adalah kelemahan pentadbiran yang ada. Kepimpinan di Perlis nampak sangat seakan ‘detached’ dengan realiti sebenar di dalam market politik. Anwar dapat kesan kelemahan ini. Malahan, Anwar cukup yakin bahawa Azmin mampu untuk bertindak sewajarnya dalam memastikan kemenangan Perlis kali ini. Anwar mahukan kemenangan total di Perlis.
Report yang disampaikan Azmin semalam tidak digemari Anwar. Anwar merasakan peluang semakin tipis. Azmin memberitahu tentang beberapa perkara pokok yang bakal dilakukan oleh BN Perlis dalam masa yang terdekat:-
Shahidan akan berfungsi dengan lebih banyak dalam PRU akan datang;
Wujud kemungkinan Najib menukar MB selepas PRU akan datang;
Beberapa Bahagian akan diberikan tumpuan oleh MT UMNO;
Calon baru dan muda akan diberikan peluang;
Fathul Bari sebagai calon? Golongan ulama’ dalam arus perdana;
Bantuan kewangan yang lebih besar daripada Pusat;
Strategi ekonomi yang lebih mampan;
Semua point forms yang Azmin berikan kepada Anwar mendapat reaksi yang sangat negatif oleh Anwar.
Anwar mahukan usaha lebih bersungguh digunapakai untuk merosakkan rencana BN Perlis. Role dan fungsi Shahidan itulah yang menjadi kerisauan kepada Anwar. Anwar tahu, Shahidan mempunyai ‘bottomless pit’ daripada segi sumber kewangan dan tenaga. Itu perlu diberi perhatian – kata Anwar kepada Azmin.
Anwar mahukan Perlis kali ini. Kerjasama dengan PAS Perlis akan diperkukuh – dibantu dengan sumber kewangan yang sedikit sebanyak akan dibantu oleh DAP Pulau Pinang. Beberapa tycoon Cina di Pulau Pinang sudah dikenalpasti untuk menyumbangkan dana khas yang akan dikawal selia oleh Azmin Ali.
Soalnya, kenapa mesti Anwar berasa gentar dengan penglibatan aktif Shahidan? Ada sebab yang istimewa dan tersendiri?
Anwar mahukan imej Shahidan dirosakkan dengan beberapa perkara. Anwar mahukan beberapa isu mengenai Shahidan dilambakkan kepada media; khususnya yang melibatkan isu projek dan peluang ekonomi. Anwar tidak ingat details. Akan diserahkan kepada Rafizi kemudian.
Shahidan juga perlu objektif dan tidak TAMAK dalam memastikan kemenangan BN di Perlis. Shahidan WAJIB untuk menggunakan kayu ukur baru dalam menilai nama-nama yang layak untuk diangkat sebagai calon di Perlis – dan tidak mendahulukan KELUARGA SENDIRI.
Taktik untuk memperkenalkan calon muda dan baru sudah betul. Tapi, siapa?

Tiada ulasan: