Minta tolong Pengarah Strategik PKR, Sedara Rafizi Ramli jawab isu yang dibangkitkan oleh BN Selangor ni. PKR didakwa telah lama melahap dana Yahudi dalam membantu melicinkan kerja kempen pilihanrayanya
Apa agaknya yang dijanjikan oleh Anwar kepada pendana-pendana Yahudi yang telah menyubang wang mereka ke dalam tabung pilihanraya PKR. Adakah Anwar akan membuka hubungan diplomatik bersama negara haram Israel seperti yang dinyatakan di dalam Wall Street Journal?
Disaat Pas terkial-kial mencari atau meminta derma daripada Rakyat susah bagi memenuhkan tabung tin milonya untuk dijadikan dana pilihanraya parti itu atas nama jihad. PKR dilihat bermewah-mewah dengan bahan kempen yang menarik dan berwarna warni apabila setiap kali tiba PRK atau PRU.
Siapa yang menjadi ahli dalam gabungan Pakatan Pembangkang, sudah pasti akan merasa tempias dari dana Yahudi yang diterima oleh PKR seperti yang di dakwa oleh BN Selangor. Sebagai sebuah parti politik yang menggunakan label Islam, pernahkah Pas bertanya kepada rakan baiknya dari PKR itu, tentang asal usul dari mana datangnya duit atau dana pilihanraya yang digunakan atau diberi kepada PAS semasa kempen pilihanraya?
Disebabkan duit ada yang sampai jadi gelap mata, PAS jangan nak kelentong tak rasa sikit pun duit dari dana Yahudi itu.buat Anwar Ibrahim dan PKR, sila nafikan pendedahan yang dibuat oleh BN Selangor ini adalah satu FITNAH jahat yang dilempar untuk menjahanamkan partinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan