Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang berdepan kontroversi berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan petang ini.
Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di sini, Kor Ming mendakwa, surat tersebut diterima pada pukul 2 petang daripada pengirim yang tidak diketahui.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu berkata, beliau memandang serius ancaman tersebut dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.
Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman
Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.
Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.
Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.
Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.
''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.
Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.
Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.
Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.
Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan