Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

OKU akui didekati gerakan memurtadkan mereka



Beberapa persatuan orang kelainan upaya (OKU) mengakui kewujudan kumpulan dan gerakan yang mahu memurtadkan umat Islam dengan sering mendekati mereka.
Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Zakaria Yahya berkata, beliau sendiri pernah didekati pihak tertentu sebelum ditawarkan biasiswa oleh kerajaan ketika berusia 18 tahun.
"Pada mulanya saya tidak ditawarkan bantuan biasiswa oleh kerajaan bagi menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), namun muncul seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan.
"Lelaki itu turut memberi bantuan persekolahan seperti membelikan buku-buku teks dan rujukan, baju sekolah, kasut sekolah dan membiayai kelas tambahan," katanya yang kini bekerja sebagai guru kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zakaria, 44, mengulas kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang mengesan gerakan pihak tertentu yang kini aktif dalam misi memurtadkan umat Islam negeri ini termasuk dalam OKU.
Selain golongan itu dijadikan sasaran, gerakan tersebut turut menyusup ke hospital-hospital untuk memperdaya pesakit yang sebatang kara selain mat rempit dan golongan tidak berkemampuan.
Jelas Zakaria, beliau berhenti menerima bantuan daripada lelaki itu selepas enam bulan mendapat tawaran biasiswa kerajaan.
"Gerakan pihak tertentu dalam usaha memurtadkan golongan OKU sangat berleluasa dan ia bukan lagi perkara baru. Malangnya, mereka lebih prihatin dan mengambil berat terhadap kami berbanding pihak yang sama agama," katanya.
Sementara itu, Pengurus Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan, Sulaini Mat Il berkata, walaupun negeri itu ramai yang beragama Islam, mereka tetap menerima kunjungan dan bantuan daripada penganut agama lain.
"Bagaimanapun mereka tidak boleh memberi bantuan itu terus kepada ahli sebaliknya perlu diserahkan kepada kami bagi mengelakkan mereka berhubung dengan ahli.
"Punca utama golongan OKU sering menjadi sasaran dalam kes murtad adalah kerana kurang mendapat didikan agama selain tidak banyak kelas agama yang disediakan," katanya.
Beliau menambah, pihaknya berharap pihak berkuasa dapat menyediakan kelas mengaji al-Quran dan agama untuk golongan OKU bagi membimbing akidah mereka.
Turut menyokong kenyataan Sulaini, Setiausaha Agung Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia (Pocam), Miskan Kasiman yang berkata, kebanyakan OKU tidak mempunyai pendidikan agama yang tinggi menyebabkan mereka mudah terpengaruh terhadap gerakan tersebut.
"Gerakan itu pandai mengambil hati golongan OKU dengan bantuan yang mereka hulurkan seperti membawa ke pusat beli-belah dan menemani mereka ke klinik.
"Apabila mereka sukar mendapat bantuan daripada pihak yang sepatutnya, usaha memujuk golongan OKU untuk keluar daripada agama Islam menjadi lebih mudah," katanya.

Tiada ulasan: