Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Harap Calon Melayu Di BTR-Faruq Ghozi

Mengikut apa yang dimaklumkan oleh Wira Perkasa BTR,nama calon yang disebut-sebut bagi wakil umno di kawasan parlimen Bandar Tun Razak(KL) adalah Dato Rizalman Bin Dato Mokhtar dan
Tn Hj Sukiman B. Suharman.namun ia adalah terletak di pucuk pimpinan BN sendiri yang akan menentukan sama ada MCA atau UMNO yang akan diletakkan pada PRU13 nanti.sekiranya calon umno diletakkan berkemungkinan ada sedikit kelebihan bagi BN untuk mendapatkan undi bagi masyarakat melayu di bandar tun razak ini yang sering didominasi kerusi oleh parti MCA.

Menurut Ketua Penerangan Wira Perkasa BTR saudara Faruq Ghozi,info yang dikumpulkan melalui survey yang dilakukan oleh Wira Perkasa BTR pada sahabat-sahabat dalam parti  politik BN di kawasan parlimen bandar tun razak dan menurut beliau lagi selepas ini Wira Perkasa BTR akan melakukan  survey pada kalangan rakyat bagi mendapatkan info-info yang akan membantu Wira Perkasa BTR dalam memberikan penerangan khususnya pada ahli Wira Perkasa BTR sendiri berkenaan dengan calon nanti.

Wira Perkasa BTR juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan kedua-dua calon umno ini yang sedang meniti namanya di setiap ruang cakap ahli-ahli umno sendiri.dan pihak Wira Perkasa BTR ingin mendengar tentang Misi Dan Visi yang akan dilaksanakan oleh kedua-duanya seandainya mereka benar-benar menjadi calon nanti dan tambah Ketua Penerangan Wira Perkasa BTR itu juga berpendapat sekiranya calon di BTR ini diwakili oleh calon UMNO.ia juga akan memberikan keyakinan semula pada pengundi-pengundi muda khususnya dalam kategori 'ATAS PAGAR' bagi membuat keputusan dalam pengundian nanti.
Wira Perkasa BTR juga akan mengadakan pertemuan dengan calon-calon dari Pakatan Rakyat.
juga bagi mendapatkan tentang Misi Dan Visi mereka sekiranya mereka masih KEKAL di bandar tun razak ini.
 

Menteri Besar Kecewa Kecemerlangan Pelajar Terengganu Jadi Bahan Fitnah


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya pendidikan Terengganu cemerlang disebabkan faktor soalan bocor diberikan kepada pelajar negeri ini.
"Kalau soalan bocor, pelajar-pelajar kita dapat 'A' semualah.


"Inilah susahnya kerana kadang-kadang orang seperti ini tidak mahu iktiraf kebolehan orang lain dan sembarangan saja mereka membuat tuduhan dan fitnah," katanya selepas menyampaikan e-Book kepada 667 pelajar Tahun Empat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar di sini Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kecemerlangan Terengganu yang berterusan dalam peperiksaan awam terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disebabkan soalan bocor.

Ahmad berkata fitnah yang dilemparkan seolah-olah menafikan usaha keras kerajaan, guru-guru dan ibu bapa dalam meningkatkan hal berkaitan pelajaran di Terengganu.

"Mereka yang buat fitnah ini sepatutnya bangga dengan kejayaan memajukan bidang pendidikan, bukannya mengutuk tanpa usul periksa. Apapun kerajaan negeri akan terus berperanan dalam mencapai kecemerlangan pelajar negeri ini," katanya.

Dengar cakap rakyat: Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mendengar kehendak rakyat dalam menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang.Perdana Menteri berkata, beliau sedia kehilangan rakan yang berkecil hati kerana cita-cita politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi.

Saya masih menilai keadaan, terutama ketika melawat seluruh negara. Saya mahu menilai bentuk sokongan yang diterima daripada rakyat serta kemampuan kita dalam menangani isu yang belum selesai. Hanya apabila kita sudah berasa selesa, maka waktu itulah saya rasa kita perlu menekan butang. - Datuk Seri Najib Razak

Katanya, sebagai pemimpin beliau perlu mendengar keluhan rakyat mengenai wakil rakyat di kawasan mereka. Jika rakyat berpendapat wakil rakyat mereka tidak melakukan kerja dengan baik dan tidak lagi mahu calon berkenaan beliau akan membuat keputusan.

“Jadi saya akan membuat keputusan bahawa tempoh untuknya sudah tiba dan tidak perlu lagi bertanding sebagai calon,” katanya ketika muncul dalam program ‘988 Streets VIP’ bersama stesen radio FM988, di ibu negara, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak melihat tindakan itu bakal mengundang masalah.

“Saya pasti dipersalah dan dipertanggungjawab kerana menggugurkan orang itu. Hakikatnya, jika orang itu benar-benar menilai dirinya, disebabkan prestasinya tidak memuaskan atau dia sudah kehilangan keyakinan rakyat di kawasan masing-masing. Itu sudah menjadi sebab dia tidak boleh menjadi calon.

“Mereka sebenarnya tidak boleh menyalahkan pemimpin kerana pemimpin membuat keputusan berasaskan apa yang betul dan saya akan melakukan perkara yang betul untuk rakyat. Ini prinsip yang menjadi pegangan saya,” katanya.

Menjawab soalan sama ada pilihan raya akan diadakan pada Mei atau Jun depan, Najib secara bersahaja berkata, ia satu kemungkinan tetapi katanya banyak faktor perlu dinilai sebelum pilihan raya diadakan.

“Apa yang paling penting adalah meyakinkan rakyat bahawa itu adalah waktu paling tepat dan ketika sokongan terhadap kerajaan berada pada tahap tertinggi.

“Saya masih menilai keadaan, terutama ketika melawat seluruh negara. Saya mahu menilai bentuk sokongan yang diterima daripada rakyat serta kemampuan kita dalam menangani isu yang belum selesai. Hanya apabila kita sudah berasa selesa, maka waktu itulah saya rasa kita perlu menekan butang,” katanya.

Ditanya mengenai komen liar yang diterimanya menerusi laman sosial Facebook, Najib berkata, ia suatu perkara yang sudah dijangka.

“Ia lumrah sebagai seorang ahli politik. Saya rasa tidak perlu untuk menjadi marah kerana memang niat mereka untuk membuatkan anda marah.

“Yang penting, anda percaya bahawa apa yang anda lakukan itu betul. Tapi jika komen yang positif dan membina, saya fikir ia suatu yang baik kerana negara kita mempunyai suatu proses yang membolehkan pemimpin berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Tidak Kecil Hati, Terima Pandangan Kamilia - Shahrizat

                                     

 Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa beliau agar meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut.
Shahrizat berkata, hubungan beliau dengan Kamilia adalah baik, malah menganggap Naib Ketua Wanita Umno itu sebagai kakaknya.
"Sebagai seorang Ketua Wanita (Umno), saya mesti menjadi payung dan adil kepada semua.
"Saya memahami cara kamilia. Tidak jadi satu perkara yg besar dan tidak berkecil hati. Apatah lagi pandangan dari seorang yang lebih berusia daripada saya.
"Beliau (Kamilia) sudah beri pandangan beliau. Saya terima. Kita sebagai satu keluarga. Sebagai ketua, saya mesti menerima semua pandangan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.
Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu.
Najib yang juga perdana menteri berkata, Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.
"Berdasarkan prinsip dan dasar kita (Umno) yang Shahrizat belum dibuktikan bersalah, maka tidak ada sebab untuk beliau mengorbankan atau meninggalkan jawatan itu (Ketua Wanita Umno)," kata Najib lagi.
BAGUSLAH KALAU TAK KECIL HATI,TAPI JANGAN PULA DICANTAS NANTI BILA PRU13 DAH SELESAI.....

DUA INSAN BERBEZA

KERANA KENYATAAN INILAH DR.HARON DIN MEMBUATKAN PKR MAHU PARASIT-PARASIT PAS MENYAHKAN RAKAN-RAKAN  DR.HARON DIN SEBAB JIKA DR.HARON DIN YANG DINYAHKAN DULU MAKA BENCANA AKAN MENIMPA,NAMUN MASANYA AKAN TIBA JUGA........

KENAPA SEBAB ANWAR DAH KATA ALLAH ITU UNTUK KRISTIAN JUGA.JANGAN MELAWAN CAKAP ANUGERAH TUHAN PUNYA CAKAP,ANWAR ANUGERAH TUHAN,DR.HARON DIN ANUGERAH APA?

RPK Sedia Berdebat Dengan Najib & Anwar Tentang Islam


Pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan memberi fokus kepada isu Islam.
"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.
"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," katanya dalam entri di blognya, petang Khamis.
Pada Khamis, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.
Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menyatakan persetujuan untuk menganjurkan debat tersebut.
"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.
"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter pada Rabu, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.
Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.
Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.
Mengulas lanjut Raja Petra berkata, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.
"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam
"Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud. Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," katanya.
Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.
Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.
Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.
Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isupolitik semasa di negara ini.

BEZA ANTARA YAHUDI,ZIONIS DAN ISRAEL


1.    Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.
2.    Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.
3.    Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.
4.    Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.
5.    Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).
6.    Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.
7.    Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.
8.    Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif  terhadap Palestin.
9.    Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
•    Berg” ( Goldberg)
•    Man” (Goldman,Ligthman)
•    Stein” (Einstein)
•    Ler” (Adler)
•    Ner” (Asner)
•    Ilin” (Gitlin)
•    Witz” (Horowitz)
•    Baum” (Teitelbaum)
•    Off” (Chartoff)
•    Nik” (Resnik)
•    Thal” (Rosenthal)
•    Ling” (Spelling)
•    Sky” (Linsky)
•    Farb”(Himmelfarb)
•    Feld”(Seinfeld)
Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal     merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria.     Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting     dalam pasukan keselamtan Austria.
10.    Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.
11.    Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.
12.    Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara  1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.
13.    Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.
14.    Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
•    Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.
•    Perang 1967- ½ juta keluar.
•    Perang 1973- Arab kalah
•    1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun
15.    Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.
16.    Simbol pada bendera Zionis:

17.    Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.
18.    Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan  media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.
19.    Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,
fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di     Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia     atas nama kebebasan pluralisme.

MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

azma1.    Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.
2.    Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.
3.    Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.
4.    Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.
5.    Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi  dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah
6.    Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.
7.    Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.
8.    Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.
9.    Terkini,antara 27  Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.
Nurul Atiqah Izzati Bt Md Ishak
Azmawati Bi Asis
Sekretariat R&D
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi

Pegang portfolio agama, isu murtad lepas tangan!

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.

Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dun berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.

Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama.

Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama.

"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri".

Rayu kerajaan bayar pampasan

                                         Rayu kerajaan bayar pampasan

Seramai 30,000 ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Kereta api Siam ke Burma 1942-1946 merayu kerajaan membayar wang pampasan yang sepatutnya.
Pengerusinya, Kamarulzaman Salleh berkata, permohonan tersebut sudah dipohon sejak 1954 bertujuan membela nasib bekas buruh paksa dan hamba seks semasa perang kedua.
Menurutnya, dikatakan wang pampasan itu sudah dibayar oleh kerajaan Jepun dan sepatutnya mangsa ini menerima pampasan masing-masing.
“Difahamkan juga kerajaan Jepun sudah membayar pampasan itu kepada rakyat negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia dan sebagainya. Mangsa di negara itu sudah menerima wang pampasan mereka.
“Sudah 58 tahun persatuan ini memperjuangkan hak mangsa buruh paksaan ini namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda atau ura-ura kerajaan mahu membayarnya,” katanya.
Kamarulzaman berkata, dalam hal ini pihaknya sudah membuat banyak kali mesyuarat agung dan menghantar surat kepada beberapa Perdana Menteri.
Menurutnya, pihaknya juga sudah membawa perkara ini kepada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia.
“Kami harap perkara ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang menyedihkan ada mangsa buruh ini yang menanti wang pampasan itu hingga akhir hayat. Mereka mahu merasa wang itu untuk menunaikan haji dan umrah.
“Waris pula mahu menggunakan wang itu untuk membuat haji kepada mangsa buruh paksaan itu,” katanya.
Timbalan Pengerusinya, Alias Ismail berkata, daripada penceritaan arwah abangnya, Adam Ismail yang merupakan salah seorang buruh paksa itu menyebabkan dirinya begitu sedih kerana mangsa diperlakukan seperti binatang dan tanpa ada belas kasihan.
Beliau berkata, difahamkan seramai 72,000 rakyat Malaysia yang dihantar ke Burma dan hanya 30,000 yang selamat pulang ke tanah air manakala seramai 20,000 wanita menjadi hamba seks.
Menurutnya, kira-kira 42,000 orang buruh paksa yang berusia awal 20an dan belasan tahun hilang dipercayai meninggal dunia di sana.
“Mangsa buruh paksa ini dipaksa membina landasan api sejauh 415 Kilometer (KM) bermula stesen Tha Rua Noi hingga ke stesen Thanbyuzayat yang meliputi 60 perhentian stesen.
“Pecahan mengikut kaum mendapati Melayu sebanyak 60 peratus, India 20 peratus, Cina dengan 15 peratus dan lima peratus lagi lain-lain kaum,” katanya.

Henti Tayang Cerita Hantu Kerana Bertentangan Dengan Islam - Kemala


Tayangan filem, drama dan cerita yang berelemenkan hantu puaka dan jembalang pelesit harus dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa.
Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala, berkata tindakan itu perlu kerana tayangan cerita sebegini hanya akan terus melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda.
Katanya drama atau cerita-cerita genre sedemikian sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden kini.
"Mengapakah drama-drama atau cerita kita harus terus dimasukkan dengan elemen hantu-hantu puaka? Tak usahlah meracuni pemikiran anak-anak bangsa kita dengan cerita-cerita sebegini.
"Ke manakah hala tuju bangsa kita jika keadaan ini berlarutan? Semua ini akan disoal jawab oleh tuhan di akhirat nanti," katanya.
Kemala juga mencadangkan supaya pemimpin politik mengadakan pertemuan dengan Sasterawan negara bagi mengimarahkan peranan tokoh-tokoh sasterawan negara yang telah banyak berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.

Prestasi Felda Global: Pas beri Ahmad Maslan 3 hari

                                              salahudin-ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberi tempoh tiga hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk memberi penjelasan terperinci berhubung prestasi pelaburan Felda Global Venture Holdings (FGVH) dalam dan luar negara.

Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata, Ahmad tidak memberi jawapan yang khusus berhubung soalan dikemukakan di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Saya meminta beliau memperincikan  prestasi semasa pelaburan FGVH di dalam dan luar negara dan kajian mendalam baik buruknya penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

"Bagaimanapun, beliau (Ahmad) cuba mengaburi rakyat dengan memberi angka-angka keuntungan sedangkan kita tahu pelaburan FGVH di luar negara adalah pelaburan yang rugi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Salahuddin, beliau akan memberi satu notis kepada Ahmad untuk memberikan jawapan bertulis dan hadir di Parlimen untuk memberikan penjelasan yang lebih khusus.

"Saya beri tempoh tiga hari kepada Ahmad Maslan untuk butirkan prestasi pelaburan FGVH di luar negara.

"Beliau cuma nyatakan pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan RM366 juta di luar negara. Rakyat mahu tahu syarikat mana yang terlibat dalam pelaburan itu dan tahap prestasi semasa," katanya.

Salahuddin berkata, Pas menunggu jawapan daripada Ahmad dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan mendedahkan maklumat yang sebenar.

"Kita meragui jawapan beliau kerana kita mempunyai maklumat mengenai angka-angka yang sebenar, jika beliau tidak menjelaskan secara terperinci... ada dokumen yang akan kita dedahkan nanti," katanya.

Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat 2010.

PKR dakwa PM campur tangan kes saman peneroka Felda



PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda, yang menurut parti itu pihaknya bimbang tentang ketelusan kehakiman.Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mempunyai maklumat minit mesyuarat bersama pengurusan Felda yang dipengerusikan Najib sendiri pada 27 Jun 2011 di bangunan Parlimen."Dalam mesyuarat tersebut, Najib meminta hakim dan peguam diberikan kefahaman mengenai kes saman peneroka Felda Serting terhadap Felda berhubung isu kadar perahan minyak kelapa sawit."Ayat beliau (Najib) merupakan ayat yang tercatat dalam dokumen rasmi mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang menyebut dengan terang bahawa dalam kes kadar perahan minyak yang belum ditentukan tarikh perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam faham berkenaan isu ini, pastikan Felda menang supaya tidak menjejaskan kes lain."Secara terang menunjukkan berlakunya manipulasi kehakiman," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media itu Saifuddin turut menunjukkan kepada wartawan satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.Dalam perenggan minit tersebut tertulis ayat seperti berikut:
"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (OER), di mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER."Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."
Menurut Saifuddin, ada 20 kes yang melibatkan Felda dan pihaknya mahu Najib memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut."Saya minta tadi sewaktu perbahasan dalam dewan Perdana Menteri dalam jawapannya mesti tampil menjelaskan apakah ini menjadi amalan dalam kes peneroka lawan Felda ini," katanya.Setiausaha Agung PKR itu berkata, kes yang dirujuk tersebut membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.
Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa wujud penipuan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit.



sumber

Saya berniat kotakan janji - Najib

                                         

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.
"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini.
Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.
Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

Lagi padang bola Selangor bakal jadi pusat komersial

                                   
                                               INILAH padang Sungai Way yang bakal dibangunkan dengan projek komersial



Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal berhadapan nasib sama.
Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang beralamat di Klang.
Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.
"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.
"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya.

"Jaga Tanah Rizab Melayu", Titah Sultan Selangor

                                              
 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tanah rizab Melayu di negeri ini dijaga dengan baik dan tidak disalahgunakan.

"Kita akan ambil perhatian. Kita sudah ada pengkalan data (tanah rizab). Tuaku titah supaya kita perlu ketahui di mana tanah- tanah rizab lain.

"Kita mesti memberikan tumpuan bahawa kalau apa pun yang berlaku kepada tanah rizab Melayu, ia mesti dapat perhatian masyarakat," katanya pada sidang media selepas perasmian Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Sultan Sharafuddin semasa merasmikan sidang dewan tersebut menitahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid supaya memastikan pemilikan Tanah Rizab Melayu di Selangor tidak ditukarkan kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

"Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Datuk Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan Tanah Rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," katanya tadi.

Tanah rizab Melayu ialah kawasan tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah yang diperuntukkan kepada Melayu melalui gazet seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu (Selangor).

Kes culik: 3 termasuk polis ditahan


Seorang anggota polis yang digantung perkhidmatan ditahan bersama dua lelaki lain bagi membantu siasatan kes culik seorang lelaki di Kuala Muda, Sungai Petani, Jumaat lepas.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 dan 50 tahun itu ditahan di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi semalam selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan sebanyak RM40,000.
"Mangsa yang berusia 23 tahun berada dalam keadaan selamat," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di sini hari ini.
Beliau berkata, polis merampas wang tunai RM40,000, empat telefon bimbit, satu gari dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dilapor hilang di Lembah Klang serta menemui semula kereta Proton Gen2 milik mangsa.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong dekat Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lepas ketika dia baru keluar dari hotel dan ingin masuk ke dalam keretanya.
"Mangsa ditarik masuk ke dalam kereta oleh suspek sebelum dibawa ke Kuala Lumpur," ujarnya.
Katanya lagi, keluarga mangsa dihubungi suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 tetapi selepas berbincang, suspek bersetuju menerima RM40,000.
Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Terima Kasih Kerajaan Negeri Terengganu dan BN

                              Ibarat dapat durian runtuh

 Berkat kesungguhan dan ketekunan, seorang ibu kepada lima anak menjaja pelbagai jenis makanan dengan sebuah motosikal menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk menyumbangkan sebuah motosikal roda tiga kepadanya.
Wanita berkenaan, Noriani Deraman, 40, berkata, sumbangan itu ibarat mendapat durian runtuh kerana bukan sahaja memperoleh kenderaan tersebut malah, mendapat bantuan pelbagai jenis peralatan pertanian oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Menurutnya, sudah enam tahun dia menjaja pelbagai jenis kuih muih, lauk pauk dan sayur-sayuran dengan motosikal di kampung sekitar rumah di sini dekat Renek, Jabi.
“Saya bersyukur amat sangat kerana memperoleh motosikal roda tiga ini kerana sebelum ini saya berdepan kesukaran menjaja menggunakan motosikal biasa memandangkan banyak barang jualan yang saya bawa.
“Menjaja menggunakan motosikal dahulu bukan sahaja berbahaya, kerana di bahagian belakangnya lebih 20 jenis kuih muih tergantung menyebabkan saya sukar melihat kenderaan di belakang,” katanya.
Dia berkata demikian ketika menerima motosikal tersebut yang diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh di rumahnya di sini.
Noriani berkata, motosikal baru bernilai RM7,000 itu sudah pasti dapat memuatkan lebih banyak barangan berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Fama menyumbangkan pelbagai kelengkapan pertanian bernilai RM10,000 bagi memastikan suaminya dapat mengusahakan tanaman timun di tanah seluas 0.6 hektar di belakang rumahnya.
Pejabat Pertanian Daerah turut membantu membuat persediaan tanah dan khidmat nasihat kepada suaminya, Mohd Tridi Ahmad, 43, yang sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Menurut Ab Rahim, Kerajaan Negeri memberi bantuan tersebut dengan harapan Noriani dapat memasarkan sendiri hasil pertanian yang diusahakan suami serta dapat mempelbagaikan barangan jualan seterusnya meningkatkan ekonomi mereka sekeluarga.

Nak Menyalak macam Anjing,Kami Tunggu je.....

Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut bahawa Adun dan Ahli Parlimen di negeri ini diberi tanah seluas satu hektar setiap seorang.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin pembangkang itu mengemukakan pendedahan segera dan tidak hanya perlu menunggu pilihan raya semata-mata.

Jelasnya lagi, wakil rakyat di negeri ini sememangnya dibenarkan untuk membuat permohonan untuk memiliki tanah seperti mana yang dinikmati rakyat lain dan kelulusan akan dibuat sekiranya menepati syarat yang ditetapkan.

“Hendak dedah pun dedahlah..kita tiada masalah kerana wakil rakyat pun layak untuk meminta tanah seperti rakyat biasa dan kita buat ikut peraturan dan bukannya dia (wakil rakyat) dapat secara haram.

“Kita bermesyuarat sebelum ini dan pemberian tanah bukan baru..dia (Wahid Endut) tidak faham pemberian dan anugerah kerana mereka (wakil rakyat) juga berjasa dan kita buat ikut syarat,” katanya kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mmepelam di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad lagi, tindakan pembangkang yang cuba untuk mencipta kontroversi terutamanya menjelang pilihan raya yang dijangka bila-bila masa ini tidak sesekali mengundang kebimbangan, sebaliknya sedia menanti pendedahan yang kononnya akan dibuat nanti.

Rundingan Air Selangor Masih Buntu


Rundingan air antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengalami kebuntuan sekiranya kerajaan negeri berkenaan tidak bersedia untuk mengasingkan isu urusan penstrukturan semula bekalan air negeri daripada pembinaan loji rawatan air Langat 2, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor perlu mengasingkan isu penstrukturan semula bekalan air negeri daripada projek loji rawatan air Langat 2 kerana ia dua perkara yang sama sekali berbeza.
"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mengaitkan kelulusan untuk membina loji rawatan air Langat 2 dengan urusan penstrukturan semula bekalan air negeri yang sedang dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Langat 2 adalah perkara lain. Ia sebuah projek prasarana yang perlu dilaksanakan. Ia bukan suatu perjanjian komersial. Sekiranya (Selangor ) membenarkan Langat 2 dibina, siapa yang akan mengendalikannya, boleh dirundingkan kemudian. Ini tidak menjadi isu," katanya dalam wawancara dengan Bernama di sini, Khamis.
Loji rawatan air Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 2025.
Projek ini juga melibatkan pembinaan terowong sepanjang 44.6km, yang terbesar dan terpanjang di Asia Tenggara, untuk menyalurkan air dari Sungai Semantan di Pahang ke Sungai Hulu Langat di Selangor melalui Banjaran Titiwangsa.
Bagaimanapun, projek ini tertangguh apabila Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tempatannya, enggan meluluskan arahan pembangunan (DO).
Kerajaan negeri itu kemudiannya menafikan akan berlaku kekurangan air air dan berkata bekalannya mencukupi hingga 2019.
Chin berkata sekiranya Kerajaan Selangor terus enggan mengasingkan dua isu itu, kesannya akan ditanggung lebih sejuta penduduk di Lembah Klang apabila berlaku kekurangan teruk bekalan air pada 2017.
"Tiga projek tebatan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan sekarang akan hanya dapat menyara bekalan air untuk kita hingga 2017, tiga tahun lebih lama daripada jangkaan awal berlakunya kekurangan bekalan pada 2014," katanya.
Kerajaan Persekutuan mencadangkan pelaksanaan projek tebatan berharga RM275 juta, yang dibahagikan kepada tiga fasa, untuk mengelak berlakunya krisis air yang teruk di Lembah Klang pada 2014 akibat kelewatan pelaksanaan projek rawatan air Langat 2.
Di bawah fasa pertama, pengaliran masuk air di Sungai Selangor akan ditambah, paip lama digantikan untuk mengurangkan pengaliran air tanpa hasil dan menaik taraf sistem mengepam air di kepala air Sungai Bernam.
Melalui langkah ini, sekurang-kurangnya 260 juta liter air mentah sehari dapat dimasukkan ke dalam sistem.
Di bawah fasa dua pula, 250 juta liter air mentah sehari boleh dimasukkan ke dalam sistem menjelang 2014, manakala usaha sedang dibuat untuk memindahkan sejumlah air mentah dari Sungai Selangor melalui satu saluran paip baru ke kebanyakan tempat yang memerlukan bekalan.
"Kami juga merancang untuk memindahkan air dari Rasa, Negeri Sembilan ke kawasan yang memerlukannya di Selangor kerana loji rawatan air yang beroperasi di Sungai Semenyih sudah terlebih beban sebanyak 40 peratus. Semoga, melalui fasa kedua, kami boleh menambah sejumlah 481 juta liter air sehari untuk memenuhi permintaan tambahan yang hanya mampu bertahan hingga 2017," katanya.
Chin berkata gangguan air yang berlaku semalam dan hari ini berpunca daripada kerja penyenggaraan berjadual di loji rawatan air Fasa 1 Sungai Selangor dan ini merupakan bayangan masalah sebenar yang akan berlaku pada 2017 sekiranya projek Langat 2 tidak dilaksanakan.
Kira-kira sejuta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur yang mendiami 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat terjejas oleh gangguan bekalan air selama 72 jam itu.
"Oleh itu, kami harap, tahun ini, isu berkenaan dapat diselesaikan kerana kami memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk membina loji itu dan menyiapkan projek ini. Saya akui beliau (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ) ada kuasa. Ini ibarat perlawanan bola sepak.
"Sekarang, bola di berada kawasannya. Saya ada terbaca bahawa Selangor berkata mereka tidak mahu Langat 2 kerana ia terlalu mahal.
"Tapi, soalan saya ialah apakah alternatifnya? Kos RM275 juta itu hanyalah bagi projek tebatan, yang lebih merupakan pengganti sementara hingga 2017. Apa yang akan terjadi selepas itu? Saya serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan," kata beliau.

Zul Noordin Sahkan PKR Terima Bantuan Asing





“Banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini..seperti Konrad Adeneur Foundation (KAF)..Open Society..dan lain-lain..pada saya ini memang sudah berlaku dalam PKR”, kata Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.Zulkifli turut tidak menafikan faktor bantuan asing merupakan faktor kemenangan besar PKR dalam pilihanraya umum ke-12.“Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO -NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macam mana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu.

Saya lihat badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu. katanya.

Khalid Ibrahim Pengundi Hantu @khalidibrahim

Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang.

PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.

Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.

Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..


Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR

Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.















Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau proses ini dari masa ke semasa.

Disini kita sudah dapat cari satu hantu yang akan mengundi di Lembah Pantai, mungkin ada ramai hantu lagi yang bakal muncul untuk mengundi Nurul Ezah di Lembah Pantai.

Ataupun Khalid berpindah ke Lembah Pantai untuk menjadi calon bunuh diri di Lembah Pantai?

Tak ramai yang berani berlawan
dengan Raja Nong Chick
Kemungkinan ini juga ada kerana Azmin sudah lama mahu membunuh politik Khalid kerana mengangu beliau untuk menjadi MB sebelum ini.

Dato Raja Nong Chick hari ini diterima baik di Lembah Pantai dan kekuatan ini sudah pastinya akan menjadikan Khalid kambing hitam yang akan di sembelih di Lembah Pantai.

Meletakkan Nurul Ezah bertanding di Lembah Pantai merupakan satu risiko yang besar kepada anak kesayangan Anwar, dan sekiranya beliau diletakkan di Bandar Tun Razak, peluang Nurul untuk menang agak besar sekiranya dibandingkan di Lembah Pantai.

Apapun yang dirancang oleh PR, jelas menunjukkan Anwar mahu menyelamatkan politik 2 orang yang beliau sayangi...

PASTI tentukan tidak ada halangan kepada Azmin menjadi Menteri Besar sekiranya PR menang di Selangor dan memastikan Nurul Ezah bertanding di Bandar Tun Razak mengantikan Khalid dan Nurul menang sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Aku lah sepatutnya jadi MB,
padan muka kau Khalid! ?
  
Apapun alasan dan sebab yang mereka berikan kepada Khalid untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai ... ini adalah kerana ... mahu MEMBUNUH POLITIK KHALID

Tahniah kepada Anwar yang merancang begitu detail dan tanpa disedari ... Khalid dikorbankan demi AZMIN DAN ANAK beliau...