Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Ada Kesan Pendedahan Terbaru Raja Petra Kamaruddin



 Ada kesan serta merta pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK), rakan sekolej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Singapura baru-baru ini.
Kesan pertama, Haris Ibrahim meletak jawatan serta merta sebagai Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).
RPK adalah Pengerusi MCLM, manakala Haris adalah Presidennya.
Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam blognya pada Isnin, dua hari selepas Pengerusi MCLM dan editor laman Malaysia-Today, RPK mengadakan temu bual dengan media di Singapura mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dalam temu bual itu RPK mengkritik ABU (Asal Bukan UMNO) yang dianggotai Haris.
“Pada 2008, pengundi berdasarkan Asal Bukan UMNO (ABU). Mereka tak kisah sama ada monyet atau keldai. Apa yang mereka tahu bukan UMNO.
“Pada pilihan raya akan datang, kami beritahu Anwar, keadaan itu tidak akan berlaku lagi. Tak ada ABU lagi. Ia menjurus kepada siapa yang bertanding. Kalau tidak suka calon, saya tak kisah dia daripada parti mana pun. BN menerima perkara ini dan mereka tahu. Kalau letak salah calon, anda akan karam. Tetapi Pakatan masih berfikiran begitu, selagi calon daripada Pas, DAP atau PKR, rakyat akan tutup mata dan pangkah mereka.
“Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO? Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta. Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja. Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar”, kata RPK.

Haris kecewa dengan kenyataan RPK itu, terutama berkaitan dengan pengundi Cina yang tidak mahu perubahan seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.
“Kita selalu dengar tentang evolusi dan revolusi. Dalam negara tertentu perubahan evolusi perlu diketepikan demi revolusi. Kita harus bersikap praktikal. Pendapat saya, perubahan revolusi tak akan berlaku kerana delicate racial balance. Kita boleh bercakap tentang ini di Mesir kerana di sana semua mereka adalah orang Mesir. Setiap orang di jalanan adalah orang Mesir. Di Malaysia bukan semua orang di jalanan adalah orang Melayu. Keadaan ini lebih delicate.
“Jadi saya kira negara yang tidak berbilang kaum adalah lebih mudah untuk kita capai perubahan yang lebih militan. Tapi jika anda bercakap tentang evolusi, selepas pasca revolusi, saya tahu ramai yang bercakap dengan saya bahawa mereka takut berlaku huru-hara. Mereka takut pertumpahan darah.
“Mereka tidak mahu perubahan seperti ‘Tahrir Square’. Mereka nyatakan dengan jelas”, kata RPK.
Anwar Tidak Relevan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali seperti dilaporkan Sinar Harian mencabar RPK, yang mempertikaikan kredibiliti Anwar Ibrahim agar berhadapan dengan ahli parti itu dan tidak hanya ‘menyorok’ di belakang media jika beliau benar-benar berani.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra menerusi tiga akhbar edisi Ahad keluaran Kumpulan Utusan dan New Straits Times tidak relevan.
“Siapa dia (Raja Petra) untuk menentukan hala tuju parti? dia bukan ahli PKR dan dia bukan siapa-siapa. Kalau dia berani, datang dan berhadapan dengan kami.
“Bukan dia yang menentukan (hala tuju parti), tetapi rakyat,” katanya.
Dalam wawancara itu, RPK berkata perjuangan Anwar berasaskan personaliti silap dan tidak boleh bertahan lama.
“Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar. Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.
“Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan ‘Anwarista’ dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999. Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik. Itu satu isu lain.
“Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.
“Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak. Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat. Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara? Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu ‘bersih’. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh. Itu sahaja”, katanya.
Pilih Jadi Gay Atau PM
rockybru pula tertarik dengan kenyataan RPK yang memberitahu Anwar perlu membuat pilihan sama ada untuk meneruskan aktiviti gay atau menjadi PM dan tidak boleh dilakukan kedua-duanya dalam masa sama.
“Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.
“Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya”, katanya.
Korupsi Selangor
Azmin Ali turut menafikan dakwaan berlakunya korupsi di Selangor seperti dibangkitkan RPK.
Dalam wawancara itu RPK berkata Anwar gagal sebagai penasihat ekonomi di Selangor sehingga berlakunya korupsi di negeri itu.
“Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.
“Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.
“Kata Anwar: ‘Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.” Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.
“Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu”, katanya.
Menurutnya, sejak Anwar dilantik Penasihat ekonomi Selangor tiada perubahan dilakukan kecuali 60 kali siri lawatan ke luar negara dalam masa tiga tahun.
“Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja.
“Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan. Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.
“Apa yang anda kisah dengan universiti ini. Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara. Dia perlu fokus pada pilihan raya”, katanya.


Tiada ulasan: