Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Kes Liwat II Anwar : RPK, HRW, LGBT Senada…



Dalam mengulas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pendapat Raja Petra Kamaruddin (RPK), Human Rights Watch (HRW) dan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) hampir senada.
RPK : Anwar Mungkin Gay
RPK yang merupakan sahabat Anwar sejak dari MCKK (Malay College of Kuala Kangsar) berpendirian lebih terbuka ketika ditanya berkenaan kes liwat II.
“Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar”katanya ketika ditanya tentang keputusan mahkamah terhadap kes liwat II, 9 Jan.
“Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah”, katanya lagi.
Kenyataan RPK yang merupakan Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) seperti di atas mempunyai nilainya yang tersendiri kerana dalam menghadapi kes liwat I, RPK berdiri teguh di belakang Anwar, malah turut menggerakkan FAC (Free Anwar Campaign).
Kata-kata di atas sudah menunjukkan perubahan pegangan RPK terhadap kes liwat Anwar yang sudah kontras.
Ketika ditanya kemungkinan Anwar akan menjadi Perdana Menteri (PM) dengan isu moral yang membelengguinya, RPK berkata dalam konteks negara Malaysia, Anwar tidak mampu capai kedua-duanya. Beliau perlu memilih salah satu.
“Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah.
“Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu”, katanya.
RPK memberitahu, ada yang bertanya kepadanya, benarkah Anwar seorang gay ? Beliau menjawab “Mungkin”.
“Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya”, katanya.
HRW – Suka Sama Suka
HRW, sebuah badan hak asasi antarangsa berpendapat tuduhan meliwat yang dikenakan ke atas Anwar sepatutnya digugurkan kerana aktiviti itu berlaku di atas faktor suka sama suka.
“Undang-undang yang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi”, kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.
Tambahnya, “Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku”
HRW tidak berhujah mempertahankan Anwar dengan hujah-hujah yang membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak melakukan perbuatan terkutuk itu, sebaliknya badan hak asasi antarabangsa lebih cenderung untuk mempercayai aktiviti itu berlaku apabila mereka mengalih kritikan terhadap aspek undang-undang.
“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali.
“Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain”, katanya.
Secara umum HRW berhujah undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia sudah ketinggalan zaman kerana undang-undang itu bertentangan dengan hak asasi manusia.
Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia membuang undang-undang anti-liwat yang melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta menganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat.
Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (Yogyakarta Principles), laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.
LGBT – Pencabulan Hak Asasi Seksual Minoriti
Ketika Anwar dituduh melakukan aktiviti liwat II, kumpulan LGBT Malaysia merupakan kumpulan pertama yang berkempen membela Ketua Pembangkang.
Pada 1 Julai 2008, kira-kira hampir seminggu kes liwat II terbongkar, kumpulan LGBT Malaysia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar Ibrahim
Agak luar biasa tindakan LGBT itu kerana mereka bertindak membela pemangsa dan bukannya mangsa.
Dalam hujah-hujah mereka membela Anwar mereka berpendapat kes liwat II sebagai ‘satu pembantaian untuk menjatuhkan ahli politik dan pencabulan hak asasi ke atas golongan seksual minoriti di Malaysia‘.
Menurutnya, mereka tidak mempedulikan apakah jenis orientasi seks Anwar kerana amalan seks merupakan hak setiap individu yang perlu dihormati.
Seperti pendapat HRW, LGBT juga mempertikaikan soal perundangan terutamanya Seksyen 377a dan 377b yang melarang setiap individu melakukan aktiviti seks di luar tabie.
Menurutnya, undang-undang seumpama ini bersifat mendiskriminasi dan melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada siapa yang harus didiskriminasi di atas apa-apa pun alasan.
Pada bulan Ogos 2003, mereka telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam) mendesak agar ditamatkan diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT dan menuntut agar dipenuhi tiga perkara:
Pertama; menuntut agar menghormati hak asasi manusia semua rakyat, termasuk LGBT, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Kedua, menuntut agar dimansuhkan semua undang-undang jenayah berkaitan tingkah laku seksual di kalangan saling dewasa yang bersetuju atau melakukan aktiviti seks atas dasar suka sama suka.
Ketiga, melarang media daripada memaparkan isu-isu LGBT secara tidak adil yang disifatkan sebagai mendiskriminasi kelompok tersebut.

Tiada ulasan: