Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Zambry pelik sikap Koo Ham



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pelik apabila Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham terlalu 'bimbang' apabila beliau mula mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zambry mengakui Koo Ham berhak untuk bersuara tetapi katanya, beliau tidak seharusnya mengkritik tindakannya kerana ia tiada kena-mengena dengan pemimpin DAP itu.
"Kenapa dia perlu takut apabila saya buka mulut dan bercakap mengenai Anwar, itu bukan halnya," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas nota ringkas Koo Ham dalam Twitter hari ini yang membidas tindakan Zambry menggambarkan Anwar mengalami 'sindrom hebat' sehingga terdesak melakukan apa sahaja untuk kekal dalam politik negara.
Dalam notanya itu, Koo Ham berkata, Zambry tidak layak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau pernah menjadi rakan Ketua Pembangkang itu dan meninggalkannya apabila Anwar dipecat.
"Lebih baik dia selesaikan pertikaian yang berlaku dalam parti sendiri dahulu dan jangan ingat saya tidak tahu apa yang berlaku dalam DAP termasuk di Perak," kata Zambry.

Tiada ulasan: