Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Pakatan tetap berdegil



 Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, kempen Bebaskan Anwar 901 itu tetap diteruskan walaupun menerima tekanan pelbagai pihak termasuk amaran polis untuk menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram itu.
"Kami beri taklimat kepada pimpinan pusat dari seluruh negara untuk membawa pesanan ini ke peringkat cabang masing-masing. Atur strategi secara aman dan kita telah maklumkan kepada semua dengan terperinci," katanya seperti yang dipetik menerusi portal beritahttp://www.freemalaysiatoday.com hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara.
Malah, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara.
Sementara itu kata Azmin, kempen itu juga mendapat sokongan daripada DAP dan Pas yang memberi jaminan akan membantu dengan menggerakkan ahli masing-masing.
"Kita percaya Anwar tidak bersalah dan percaya beliau tidak sepatutnya dihadapkan ke mahkamah dari awal lagi. Pakatan sepakat bahawa Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia ke-7," katanya.
Azmin turut dilaporkan berkata, perhimpunan di Pulau Pinang pada hari yang sama juga tetap akan diadakan sama ada Anwar dibebaskan atau sebaliknya.
Sementara itu, Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Januari ini.
Pesuruhjayanya, Dr. Abd. Rani Osman berkata, pendirian itu dibuat dengan alasan perhimpunan tersebut merupakan hak asasi mereka melibatkan kebebasan berhimpun yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Tiada ulasan: