Grace Poore dalam satu rencananya kepada NGO IGLHRC menyeru kepada kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia agar menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat demi untuk menjamin kebebasan kumpulan tersebut di negara ini.
Sebagai seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia, Grace Poore juga turut aktif sebagai Penyelaras Serantau Asia dan Kepulauan Pasifik IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission), sebuah NGO LGBT yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
IGLHRC adalah badan yang menjadi jurucakap kepada lesbian, lelaki gay, biseksual, intersexual, transgender dan juga pengidap HIV/AIDS yang telah dicabuli atau didiskriminasi hak-hak asasi mereka.
Homophobia juga termasuk dalam mencabuli hak-hak asasi kumpulan homoseksual.
Homophobia bermaksud perasaan atau kata-kata negatif, menghina dan mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual yakni kumpulan yang memiliki orientasi seks yang berbeza dengan kumpulan heterosexual (kumpulan seks normal).
Bagi mereka homophobia atau gerakan anti-gay seperti perkauman (rasis) dan anti-Semitisme dan lain-lain bentuk ketaksuban kerana ia bertujuan menafikan kemanusiaan mereka.
“Walaupun seseorang boleh pertikai sama ada wujud atau tidak gerakan anti-Gay di Malaysia, (tetapi) ia tidak mencukupi untuk semata-mata berpuas hati dengan hakikat bahawa ‘tiada gerakan anti-gay’ di sana.
“Lebih penting lagi, di sana (Malaysia) perlu ada satu persekitaran penerimaan dan memperakui hak untuk gay, lesbian, transgender atau biseksual”, katanya.
Menurutnya, kumpulan gay perlu diiktiraf hak-hak mereka dan sebarang gerakan anti-gay adalah satu ‘jenayah’ yang bertentangan dengan polisi hak asasi manusia.
Untuk mendapatkan hak-hak tersebut, kumpulan LGBT perlu menyokong tokoh dan parti yang sealiran dengan matlamat kumpulan mereka.
“Parti Anwar dipanggil sebagai Parti Keadilan Rakyat.
“Sebagai seorang lesbian yang dilahir dan dibesarkan di Malaysia adalah menjadi harapan saya supaya kumpulan gay, lesbian, transgender dan biseksual termasuk dalam kumpulan yang diperjuangkan (PKR)”, katanya.
Katanya parti yang berslogan reformasi dan demokrasi bermaksud parti itu mempunyai dasar untuk memperjuangkan hak-hak yang sama terhadap kepelbagaian seks dan jantina terutamanya kumpulan LGBT.
“Menggalakkan reformasi dan demokrasi adalah bermaksud menggalakkan kepelbagaian warganegara yang perlu termasuk menggalakkan hak kepada kumpulan seks dan jantina berbeza.
“Matlamat dan keuntungan politik, reformasi undang-undang dan persekitaran yang demokrasi perlu diterjemahkan kepada semua kelompok manusia, tanpa mengira dari kelompok kumpulan manusia (sama ada heterosexual atau homoseksual).
“Tidak kurang pentingnya kepada kumpulan LGBT untuk melibatkan diri dalam proses politik ke arah pendemokrasian dan menjadikan kehadiran mereka dirasai oleh kepimpinan parti serta kepimpinan (parti) mengiktiraf peranan mereka”, katanya.
Menurutnya, membantu Anwar untuk memperkasakan partinya adalah penting untuk mencapai matlamat LGBT.
Jika parti Anwar berjaya memenangi pilihanraya, maka sebarang bentuk penambahan, pindaan dan menghapuskan undang-undang boleh dilakukan.
Katanya, sekatan undang-undang hak-hak asasi terhadap kumpulan homoseksual seperti Seksyen 377 yakni pertuduhan ke atas Anwar meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan perlu dihapuskan kerana ia adalah bentuk diskriminasi yang menjadi salah satu matlamat utama perjuangan IGLHRC.
Menurutnya membantu kejayaan kemenangan kepada Anwar bermakna membantu kemenangan untuk kumpulan LGBT dalam menikmati kehidupan yang bebas.
“Politik memerlukan tenaga yang banyak, strategi dan jiwa perlu diarahkan dalam mempertahankan reputasi Anwar dan haknya dalam mengungkap perbezaan pendapat politik tanpa penganiayaan.
“Menghapuskan undang-undang seperti Seksyen 377 juga memerlukan komitmen ini.
“Ia akan menjadi satu langkah ke arah mempertahankan integriti ‘rakyat’ LGBT dan hak mereka untuk hidup secara maruah, tanpa diminta untuk bersembunyi (atau dibenci)” katanya.
Persoalannya, kenapa kumpulan NGO LGBT seperti IGLHRC berkempen untuk Anwar Ibrahim, sedangkan matlamat IGLHRC adalah membantu mana-mana ahli atau individu yang sealiran daripada didiskriminasi?
Kenapa IGLHRC tidak berjuang membantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, individu yang telah mengadu menjadi mangsa hubungan seks luar biasa oleh pemaksa, yakni Anwar Ibrahim?
Adakah ini bermakna IGLHRC secara rasmi telah mengiktiraf Anwar Ibrahim adalah salah seorang ‘ahli LGBT’ yang ‘teraniaya’, sealiran dengan mereka dan Mohd Saiful adalah dari kelompok manusia normal (heterosekual) ?
Persoalan kedua, apakah Anwar juga bersalah melanggar hak asasi manusia kerana melakukan aktiviti homoseksual ke atas kumpulan yang bukan sejenisnya, iaitu ke atas Mohd Saiful dari kumpulan heteroseksual dan bukannya ke atas kumpulan yang sama seperti, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja, seorang lelaki berstatus ‘adik angkat’ yang telah dihalau oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari rumahnya ? Klik di sini, sini, sini, sini sini, dan sini
Sebelum ini, Anwar juga turut mendapat sokongan daripada Al Gore, George Soros, Paul Martin, Michael Danby, Carl Gershman, Desmond Tutu, Marry Robinson, Madeline Albright, Musdah Mulia yang kesemuanya menyokong prinsip kebebasan dan demokrasi khususnya kebebasan kumpulan LGBT tidak diganggu dalam menjalani kehidupan sonsang mereka.
Daripada senarai nama di atas, George Soros mengungguli sebagai dalang penyokong utama aktiviti homoseksual di seluruh negara.
“George Soros, adalah manusia paling jahat di dunia kerana menjadi dalang kepada gerakan homoseksual” kata Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dari Dadah, sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat
Menurut laman aim.org, Soros berpengaruh di kalangan kumpulan minoriti kerana penyangak mata wang Yahudi itu telah membelanjakan kira-kira $7 bilion dari wang kekayaannya kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur.
Menurut Discover The Networks, Soros melalui yayasannya ‘Open Society Institute’ (OSI) telah menaja lebih daripada 50 NGO dan badan-badan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, antaranya; Amnesty International, Human Rights First, Human Right Watch (HRW), Brooking Isntitutions, Free Press, Independet Media Center, Media Fund, dan International Crisis Group (ICG).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan