AIDCNews – 10/11/11 – Komunikasi twitter di antara seorang aktivis Seksualiti Merdeka, Amir Muhammad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahimberkenaan topik ‘Orang Macam Kita’ membuka satu lagi polemik baru yang turut mengesahkan Ketua Umum PKR itu termasuk dalam salah seorang lingkaran LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).
“Laman Anti-Anwar menyerang ORANG MACAM KITA. Tetapi (lebih terkejut mereka) salah eja nama saya!”, kata @amirmu twitter milik Amir Muhammad kepada Anwar.
“Bukan baru – komplot Umno sejak 12 tahun!”, jawab Anwar.
Amir Muhammad seorang pengarah filem dan pemilik syarikat Matahari Books dipilih mewakili LGBT Malaysia menghadiri Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta tahun lalu.
Kehadiran Amir dalam Festival Filem Q dengan membawa naskah buku bertajuk “Orang Macam Kita” yang diterbitkan oleh syarikatnya telah dikritik oleh blogger-blogger anti-Anwar, lalu Amir menghantar twitter mengadu kepada Ketua Umum PKR itu.
Anwar seolah-olah sudah memahami kod rahsia : ‘Orang Macam Kita’, tidak bertanya lanjut makna di sebalik kod itu, lalu menasihati Amir supaya tidak gelabah, dan mendakwa kritikan itu sekadar konspirasi UMNO sejak 12 tahun lalu.
Orang Macam Kita
‘Orang Macam Kita’ adalah judul buku berkenaan kehidupan LGBT di Malaysia yang diterbitkan oleh Matahari Books, salah satu organisasi yang disenaraikan wikipedia sebagai LGBT Malaysia.
Buku ‘Orang Macam Kita’ disunting oleh Azwan Ismail, lelaki Melayu-Islam yang membuat pengakuan secara terbuka sebagai seorang gay di channelyoutube seksualitimerdeka.
Pemilihan tajuk ‘Orang Macam Kita’ bukannya satu kebetulan, mungkin telah dirancang secara teliti supaya membawa maksud yang mendalam dan jelas.
Di Singapura, ‘People Like Us’ (PLU) atau ‘Orang Macam Kita’ adalah satu organisasi Gay.
Menurut wikipedia, ‘People Like Us (PLU) adalah satu kumpulan pelobi utama gay di Singapura yang dua kali nama organisasi itu (PLU) ditolak pendaftarannya oleh kerajaan negara itu.
Disebut bahawa istilah “PLU” atau ‘Orang Macam Kita’ termasuk dalam konotasi “homoseksual” di kalangan gay di Singapura dan Malaysia.
Wikipedia Seksualiti Merdeka menyebut pada tahun 2008, Clarence Singham, pengasas bersama Pride Festival IndigNation, satu acara tahun LGBT Singapura telah menjemput empat orang wakil aktivis LGBT Malaysia menyertai program tahunan mereka.
Empat aktivis LGBT itu adalah Pang Khee Teik, Jerome Kugan,Jac SM Kee dan Dr Farish Noor.
Pengalaman di Singapura itu telah memberi ilham kepada Pang dan Kugan, yang kedua-dua pemilik Galeri Annexe, untuk menganjurkan program tahunan LGBT Malaysia yang diberi nama Seksualiti Merdeka.
Dari situlah bertapaknya Seksualiti Merdeka di Annexe Gallery dengan acara sambutan pertama pada 29 Ogos – 31 Ogos 2008.
Acara sambutan dimulakan dengan tayangan filem berunsur LGBT iaitu “Pangyau” (Amir Muhammad), “Comolot” (Mohd Ikram Ismail), dan “Arisan” (Nia Dinata).
Pada tahun 2009, Annexe Gallery menganugerahiANNEXE HEROES 2009– Honouring Our Champions of Freedom of Expressionkepada empat individu dan dua organisasi iaitu Amir Muhammad, Steven Gan dan Wong Chin Huat serta Popteevee dan Sisters In Islam.
Setahun sebelumnya,ANNEXE HEROES 2008diberikan kepada lima individu iaitu; Irene Fernandez, Kee Thuan Chye, Shanon Shah Mohd. Sidik, Yati Kaprawi (Sisters In Islam) dan Hafidz Baharom.
Pada tahun 2010 pula, ANNEXE HEROES 2010 dianugerahi kepada lima individu iaitu; Dr Azmi Sharom, Edmund Bon, Fahmi Reza, Dr Farish Noor dan Shelah.
Lingkaran Orang Macam Kita
Sebaik sahaja Ketua Umum PKR dilaporkan meliwat sekali lagi terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 1 Julai 2008, kumpulan-kumpulan NGO hak asasi manusia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
Surat kempen mendapatkan tanda tangan ditulis bersama oleh Shanon Shah bin Mohd. Sidik (pemenang ANNEXE HEROES 2008) dan Alina Rastam ( aktivis pejuang hak-hak seksual minoriti)
“Kami yang bertanda tangan di bawah, tidak peduli Anwar Ibrahim atau mana-mana ahli politik terlibat dalam aktiviti seksual.
“Apa yang kami prihatin, orientasi seks setiap individu adalah perkara peribadi. Tambahan pula, setiap ‘ruang peribadi’ seorang individu mesti dihormati”, katanya.
Menurut mereka penggunaan Seksyen 377A and 377B ke atas pelaku seks luar tabie bukan sahaja mendiskriminasi Anwar, malah keseluruhan LGBT.
“Apa yang lebih membimbangkan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk mendiamkan tokoh politik yang berbeza pendapat, berkenaan tafsiran ‘seks di luar tabie’.
“Pada hakikatnya, undang-undang ini dan pihak kerajaan ulangi dikenakan ke atasnya, (akan) menzalimi seluruh sektor dan kumpulan lesbian, gay, bisexual dan transsexual (LGBTS).
“Mereka mewujudkan persekitaran yang bukan sahaja membenarkan, tetapi menggalakkan, diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT”, katanya.
Kempen mendapatkan sokongan tanda tangan itu dikendalikan oleh Shanon Shah bin Mohd. Sidik yang juga merupakan Pengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM).
Turut menyokong kempen tandatangan itu adalah AWAM (All Women’s Action Society) dan the PT Foundation yang kedua-duanya dikenali sebagai NGO hak asasi manusia penyokong LGBT Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan