Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama............Bergembira tepuk tangan sama-sama .........Bergembira tepuk tangan sama-sama

Misteri Kehilangan Anwar…


Sekitar jam 12.55 tengahari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan penyokongnya di Masjid Negara.
“Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
Anwar ketika memberi ucapan kepada ribuan penyokongnya di sini berkata, perarakan ke Dataran Merdeka sebagai ‘memerdekakan’ dataran tersebut.
Beliau bersama pemimpin Bersih sebelum ini menggelarkan Dataran Merdeka sebagai ‘Dataran Penjajah’ apabila permohonan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh peserta himpunan.
Agendadaily melaporkan kejadian merempuh sekatan polis di Dataran Merdeka mungkin berpunca dari hasutan Anwar itu.
Beliau (Anwar) tiba di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman dari Masjid Negara kira-kira jam 2.35 petang menaiki kenderaan pikup dipercayai milik seorang anggota unit amal PAS.
Hampir 20 minit Ketua Pembangkang itu berada di atas kenderaan itu sambil melambai-lambai tangan kepada perserta Bersih.
Anwar juga menunjukkan isyarat meminta peserta Bersih 3.0 memberi laluan kepada kenderaan dinaikinya untuk membelok ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sebaik sahaja kenderaan itu membelok, Anwar kelihatan seperti memberi isyarat tangan langgar kawalan polis ke Dataran Merdeka.
Pada ketika itu terdengar jeritann ‘masuk…masuk’ dan seorang lelaki India dipercayai pemimpin PKR dari Negeri Sembilan menolak pagar yang diletakkan polis selepas kawat berduri yang dijadikan pagar dirosakkan peserta Bersih.
Ironiknya, ketika peserta BERSIH 3.O berusaha merempuh Dataran Merdeka, kelibat Anwar tidak lagi kelihatan.
Kemana menghilangnya Anwar Ibrahim, ketika para penyokongnya merempuh benteng di Dataran Merdeka dan tumbuk menumbuk di Sogo…

MB Selangor Melarikan diri?

seperti yang ditulis oleh Anjoi Binjai semalam MB Selangor telah hadir dan berucap di ceramah pkr bandar tun razak yang mana beliau juga ahli parlimen disitu,semasa beliau berucap sambutannya amat dingin dan oleh kerana itu MC pada malam itu seperti sudah tahu yang khalid tidak akan bertanding di parlimen bandar tun razak dan jika benar maka penggantinya adalah anak saudara beliau sendiri yang mana memegang jawatan sebagai ketua amk bandar tun razak,dalam kemeriahan ceramah tersebut rupa-rupanya ada pelacur disebalik mini market dan ada penjualan arak disekolah,maka tertangkaplah bahawa sebenarnya khalid telah menyembunyikan sesuatu yang mana ahli pkr bandar tun razak sendiri tidak tahu.kalau selama ini beliau tidak pernah ambil peduli tentang masalah-masalah rakyat bandar tun razak,KENAPA pada malam 26.04.2012 beliau telah hadir berceramah di bandar tun razak,adakah kerana untuk melihat bahawa beliau masih mempunyai penyokong lagi bagi memastikan beliau akan dicalon semula di parlimen bandar tun razak.jika itu yang difikirkannya maka jawapannya ada tapi hanya 1% dari rakyat di bandar tun razak ini.jika dilihat pada gambar diatas dengan jelas bahawa khalid telah pun punyai program beliau sendiri di kg.darah pada malam itu untuk majlis DIALOG bersama belia disana tapi pada hakikatnya belia-belia di sana telah ditipu oleh pemimpin PKR dan MB mereka sendiri.adakah MB Selangor sampai begitu takut untuk berdepan dengan belia-belia di dalam kawasan jagaan beliau sendiri sedangkan PKR sentiasa menggunakan kelopok belia untuk melakukan bermacam-macam perkara untuk mereka namun pada hakikatnya PKR sendiri takut pada bayang-bayang mereka.adakah MB Selangor takut akan dengan soalan-soalan yang akan diutarakan pada beliau semasa perjumpaan itu?mungkin juga kalau tidak mengapa beliau tidak menghadirkan diri dalam perjumpaan itu....malas Anjoi Binjai nak menulis...renung-renungkan dan selamat menyambut hari april fool pada belia-belia di negeri selangor sebelum april melabuhkan tirainya...
                                       

Ku Li terus ditikam

Politik kotor untuk menjatuhkan pemimpin veteren umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li amatlah ketara bila ada desakan dari geng 16 agar beliau berundur,namun sehingga sekarang geng 16 masih lagi tidak mampu untuk menampilkan calon yang mereka akan sokong sekiranya Ku Li berundur dari Gua Musang dan mereka juga tidak mampu untuk menyatakan bahawa calon yang akan disokong mereka akan dapat mengekalkan rentak kemenangan yang Ku Li lakukan selama ini,difahamkan calon yang akan disokong oleh geng 16 ini adalah seorang cikgu yang dikatakan pernah berkhidmat dibawah jagaan Ku Li sendiri dan setelah tidak bersama Ku Li maka corak permainan politiknya juga berubah dari yang menghormati kini cuba main tikam belakang,nampaknya Ku Li terus menerus menerima tikaman dari orang-orang yang dulu bersama-sama dan menerima didikan dari beliau sendiri.harap geng 16 akan membuat PC menyatakan bahawa kerusi parlimen gua musang akan terus kekal didalam tangan BN dan Umno sekiranya Ku Li benar-benar berundur nanti dan mereka juga harus menyatakan bahawa sekiranya gua musang kalah maka mereka juga akan meletakkan jawatan masing-masing dalam Umno.sokongan warga felda di gua musang pada Ku Li jangan dianggap seperti sampah oleh Umno Pusat dan Umno Negeri kerana kelak ia akan memakan diri sendiri,dalam keadaan PRU13 yang semakin dekat diharap jangan ada pelacur disebalik mini market dan jangan jual arak di sekolah sudahla...

BN Bandar Tun Razak Gusar Hantar Setiausaha Untuk Pantau

Ceramah PKR Parlimen Bandar Tun Razak pada 26.04.2012 sememangnya amat meriah dengan kehadiran seramai 2000 orang pada anggaran Anjoi Binjai walaupun bukan semuanya dari bandar tun razak sendiri,ada juga yang dari kawasan berhampiran seperti cheras,seri kembangan itu yang Anjoi Binjai tahulah sebab ada tanya mereka yang hadir,kebanyakannya hadir kerana nak dengar anuar dan kadir memberikan ceramah berbanding dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim,sbb tu masa Khalid memberikan ucapan ramai yang tidak peduli malah yang bertepuk tangan tanda sokongan pun macam bunyi anak kembar Anjoi Binjai bertepuk tangan je.namun apa yang agak kurang menarik bagi Anjoi Binjai ialah tiada peniaga dari Flat Sri Labuan yang diberikan peluang berniaga di situ sedangkan program ceramah ini di buat sebelah Flat berkenaan yang mana ia juga salah satu kubu kuat pkr dan peniaga-peniaga di Flat berkenaan juga sampai memasang bendera pkr pada gerai mereka,apa yang Anjoi Binjai lihat hanyalah pemuda-pemuda amk yg bekerja dengan DBKL dari flat sri labuan diberikan tugas menjaga lalu lintas sahaja.kehadiran Setiausaha BN saudara Zaharin Yassin yang memantau perjalanan ceramah berkenaan juga adalah amat baik sekali dan contoh yang harus diikuti pemimpin-pemimpin di Bandar Tun Razak untuk melihat sama ada mereka ini dikenali oleh penyokong-penyokong pembangkang atau tidak,tapi boleh juga Anjoi Binjai anggap kehadiran Setiausaha BN bandar tun razak juga mencerminkan bahawa BN bandar tun razak juga dalam keadaan yang sukar untuk merampas kembali kerusi parlimen P124 ini.kerusi parlimen bandar tun razak adalah diperuntukkan untuk MCA sejak dulu lagi dan juga diperkatakan mereka akan meletakkan pengerusi yayasan pendidikan bandar tun razak sebagai calon untuk PRU13 yang mungkin akan bertemu dalam gelanggang dengan ketua amk bandar tun razak saudara arman(anak saudara khalid ibrahim).rata-rata pengundi melayu di bandar tun razak ini mahukan wakil melayu dari kedua-dua parti yang akan  bertanding di bandar tun razak pada pru13.namun jika BN meletakkan calon bukan melayu di bandar tun razak ini berkemungkinan BN akan kalah dengan majoriti yang agak lebih tinggi dari pru12.jika benar telahan Anjoi Binjai calon dari MCA ini maka sokongan dari penduduk flat sri labuan sendiri tidak mungkin akan memihak calon dari MCA ini kerana mereka juga tidak kenal beliau dan hanya satu program saja yang dibuat oleh yayasan pendidikan bandar tun razak di flat sri labuan dengan bantuan dari Wira Perkasa BTR itupun pada penghujung tahun 2011.kalau ditanya adakah mereka kenal senator ini maka ramailah penduduk flat sri labuan akan menggelengkan kepala jika ditanya.mungkin calon dari MCA ini tidak memerlukan undi dari penduduk flat sri labuan ini kerana mereka tidak penting bagi beliau.kalau diimbas kembali pada pru12,BN hanya berani pasang bendera BN hanya dari blok 1-4 sahaja dan blok 5-8 PKR menguasai.mungkin calon MCA ini masih buta mata dan hatinya.jika diberikan kerusi ini pada pada calon UMNO kita akan dapat melihat pertarungan yang amat sengit dalam memenangi kerusi parlimen P124 ini.Anjoi Binjai harap BN bandar tun razak akan dapat meneliti perkara-perkara kecil ini agar mereka tidak akan salah dalam menghitung kemenangan di PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK.

Parti Komponen BN,Indah Khabar Dari Rupa


Kehadiran TPM ke majlis pelancaran BN pilihan orang muda di pusat latihan DBKL bandar tun razak sememangnya tidak dinafikan mendapat sambutan yang mengalakkan,menurut info seramai 7000 yang hadir pada majlis pelancaran tersebut dan anjoi binjai juga ada bersama-sama dengan mereka,sebab sememangnya BN pilihan hatiku.tapi disini bukan mengenai BN pilihan orang muda atau pun tidak,persoalannya pada mereka-mereka yang hadir majlis itu,berapa ramaikah orang muda yang dibawa bersama oleh parti-parti komponen BN seperti MCA,MIC,GERAKAN,PPP pada majlis tersebut, pada jangkaan anjoi binjai mungkin akan ada 10000 yang hadir kemajlis tersebut namun jangkaan itu meleset bila ada parti komponen BN gagal untuk membawa pemuda dan belia seperti mana yang dilakukan oleh UMNO.kesungguhan UMNO dalam melaksanakan tugas juga harus diberikan pujian.janganlah parti komponen hanya tahu mengambil kesempatan dalam perjuangan BN kerana kehadiran lain-lain bangsa selain melayu bolehlah anjoi binjai katakan amat mendukacitakan.ada rakan anjoi binjai yang hadir bersama berbisik gosip 'aku rasa macam boleh dikira dengan jarilah kehadiran bukan melayu pada hari ini 'sedangkan perjuangan BN adalah perjuangan bersama semua parti komponen,janganlah cepat mengalah bila dah tahu diri itu tidak berkemampuan namun haruslah mencari cara dan janganlah malu untuk meminta bantuan rakan-rakan dalam komponen untuk membantu dan mungkin cara dari parti komponen lain juga boleh diguna pakai.jangan hanya pandai memekik itu dan ini,berkata itu dan ini sedangkan dalam keadaan realitinya indah khabar dari rupa...

Tsu Koon Cabar Guan Eng Nyata Pendirian


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menyuarakan pendiriannya berhubung isu pindaan Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012.
Koh berkata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang harus menyatakan pendiriannya sama ada menyokong atau menolak pindaan itu kerana ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam di negeri itu.
"Kami cabar Lim Guan Eng untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu Kedah kerana setiap masa DAP sentiasa mengkritik tentang demokrasi, penekanan kepada badan kehakiman dan sekarang proses itu sedang berlaku di Kedah.
"Malah orang bukan Islam bimbang dan risau Kedah akan menjadi negeri Islam tulen tetapi tiada sepatahpun suara daripada DAP berhubung isu ini...Jadi, Lim Guan Eng apa kata anda?" kata Koh pada sidang media di pejabat Gerakan di sini.
Turut hadir Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.
Pada 17 April lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan peruntukan dalam Rang Undang-Undang Mufti dan Fatwa (Kedah) 2012 untuk menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).
Undang-undang baru itu diragui kerana ia tidak menunjukkan demokrasi dalam Pakatan Rakyat kerana ia menghalang Fatwa yang diputuskan Mufti atau jawatankuasa Fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.
Sementara itu, Koh berkata beliau akan menyerahkan senarai calon Gerakan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April ini.
Bagi Anjoi Binjai yang baik untuk agama islam memang patut disokong.pedulilah...

Saya cabar Pas


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin 

Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang 

ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan 

Terengganu. Katanya, Pas perlu mengambil alih

tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak 

mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan 

kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara 

serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Saya cabar 

Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi 

punca kepada mereka terlibat dalam demonstrasi. "Saya 

lihat Pas hanya kutip derma ketika dekat dengan pilihan 

raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai 

pengajian pelajar yang tertangguh itu. "Bahagi-bahagilah 

(pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar), Parti Keadilan 

Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah," katanya.

Anjoi Binjai memang suka MB yang berpendirian tegas 

sebegini...

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

 

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan 



Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan 


Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal 


dalam memulakan langkah ke arah itu.

Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang 



berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal 


dilaksanakan pada September nanti.maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan 


fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar 


kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua  bekas peminjam rakyat 


Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat 



Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan 


mendaftarkan diri ke dalam program ini.maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan 


lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan 


rakyat Selangor keseluruhannya.banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan 


negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata 


berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.Simpanan yang 


tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah 


petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini 


tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.

Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah 



RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan 


untuk program tersebut.Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima 


pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi 


tujuan pembangunan Putrajaya.kejayaan program ini nanti, ditambah dengan 


pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang sebutkan di 


atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.


Jangan Persoal Calon Wanita - Shahrizat


Wanita Umno meminta semua pihak tidak mempertikaikan kewibawaan calon daripada pergerakan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata semua calon yang diketengahkan itu mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menarik sokongan pengundi untuk memilih Barisan Nasional pada pilihan raya umum kelak.
"Saya mahu semua menghormati calon Wanita. Jangan lihat kami sebagai jentera parti sahaja, tapi tak layak sebagai calon. Saya akan minta kepada presiden setiap parti komponen mesti ada calon daripada wanita," katanya pada Majlis Pelancaran Jelajah Sayang Wanita Negeri Kelantan di sini, Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno Kelantan Datin Rahimah Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin.
Shahrizat berkata Kelantan mempunyai ramai calon Wanita yang berkaliber untuk diketengahkan pada PRU akan datang dan yakin mereka mampu membawa kemenangan kepada BN di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau tidak mahu melihat senario 'cah keting' berlaku lagi kerana ia hanya merugikan parti.
"Kita perlukan pembangunan di Kelantan. Para suami kena bantu wanita (isteri) beri sokongan padu agar mereka turun padang bekerja demi parti," katanya.
 BERNAMA

Bawa 300,000 Kaum India Tanpa Dokumen Kepada MIC


Pembangkang perlu mengemukakan masalah 300,000 orang kaum India tanpa sijil kelahiran dan kad pengenalan seperti didakwa kepada MIC supaya tindakan boleh diambil, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Katanya sekiranya ada 300,000 penduduk Malaysia keturunan India tanpa dokumen pengenalan diri maka pembangkang perlu membawa mereka kepada MIC supaya parti itu dapat membantu mereka.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendan pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tamil Jugra di sini, Jumaat.
Semalam, Surendran mengetuai kira-kira 200 masyarakat India mengadakan protes di depan pagar Parlimen bagi menuntut kerajaan mengenal pasti 300,000 orang tersebut dan mengeluarkan MyKad kepada mereka.
Dr Subramanian berkata kempen MyDaftar yang dilancarkan pada 23 Februari tahun lepas hanya mengenal pasti kira-kira 15,000 penduduk keturunan India di negara ini tanpa dokumen yang relevan dan daripada jumlah itu, hanya 9,529 orang mengemukakan borang permohonan.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata kira-kira 500 buah sekolah Tamil di seluruh negara menerima peruntukan sebanyak RM425 juta sejak 2009 hingga tahun ini.
"Tahun ini kita senarai pendek sekolah Tamil yang dapat peruntukan RM100 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 dan kerja menaiktaraf mungkin akan mula dua bulan lagi selepas proses perolehan ditetapkan," katanya.
Terdahulu itu, dalam ucapan pada majlis itu, Dr Subramaniam berkata bangunan tiga tingkat SRK Tamil Jugra dibina dengan kos RM2.8 juta.
Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah itu.
BERNAMA

Hargailah Mereka Wahai Pemimpin Parti




HARGAILAH MEREKA WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ATASAN,SEDANG ANDA LENA TIDUR DIULIT MIMPI MEREKA INILAH YANG SENTIASA MEMASTIKAN SEGALA PERSIAPAN DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA.

Menteri Jangan Jadi Bacul


Setelah bekas pemandu Zahida Rafik mendedahkan skandal beliau dengan salah seorang menteri kerajaan BN dan menjadi perhatian rakyat Malaysia,Zahida Rafik telah melantik peguam bagi menyelesaikan skandal ini dan beliau sendiri telah mengesahkannya bahawa cerita skandal ini hanyalah rekaan semata-mata demi habuan yang ditawarkan.namun pada pandangan Anjoi Binjai Menteri berkenaan yang di kaitkan dengan skandal ini juga harus tampil dan memberikan penjelasan serta mungkin juga harus mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia hanyalah satu cerita dogengan semata-mata.


Perkasa Klang Mahu Siasatan Segera

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa,Abu Bakar Yahya berkata siasatan segera harus dilakukan bagi memastikan pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan yang bertugas semasa Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14 Dr.Rahman yang juga disahkan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor itu benar atau pun tidak,kerana ia akan membuatkan masyarakat semakin keliru dengan permainan ahli politik pada hari ini.jika benar ia berlaku maka dengan jelas mereka tidak menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Negara sekali gus mereka seakan memperlekehkan penerima-penerima darjah dan anugerah membawa gelaran tertentu yang diterima daripada Yang Di-Pertuan Agong sendiri,Sultan dan Raja termasuk Yang Dipertua Negeri,sedangkan mereka tahu Rukun Negara kedua dan ketiga jelas menyatakan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan.beliau yang juga merupakan Pengerusi Perkasa Daerah Klang berharap perkara ini perlu disegerakan siasatannya dan dibendung demi keselamatan dalam negara.
Perkasa Daerah Klang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berkenaan dengan pendedahan sikap beberapa Ahli Politik dari Pembangkang yang mempersendakan Sultan dan Raja Melayu termasuk Pemimpin Tertinggi Negara pada Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14.

DS Shafie Apdal Jgn Tunggu Jadi Nanah Baru Nak Jawab


Menyentuh cerita kononya hubungan cinta berjuta-jutaan ringgit antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DS Shafie Apdal serta pasangan artis yang montot lagi seksi Zarida Rafik mula menghangatkan suasana politik Malaysia.Zuraida Kamaruddin mendakwa aktress popular ini menerima RM58,000 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan juga RM510,000 pada Januari tahun ini. http://www.freemalaysiatoday.comItu pun mak lampir dapat maklumat dari siri
pendedahan bekas pemandu peribadi Zarida Rafik sendiri yang mengakui aktress itu ada hubungan sulit dengan seorang menteri.Shafie  Apdal jangan pandang isu tuduhan ini remeh kerana ini melibatkan soal nama baik parti yang diwakilinya. Penafian perlu dibuat lebih awal untuk mengelakkan fitnah dan hasutan supaya ianya tidak berleluasa serta makin merebak. Soal nak bernikah itu tidak mengapa kerana lelaki Islam diberi empat kouta kekosongan yang boleh diisi lagi.Soal dimana dan dari mana duit yang banyak itu datang yang akan cuba diputar-belitkan oleh pakatan haram jadah itu nanti.Ingat Shafie Apdal anda sedang di perhatikan oleh para blogger-blogger perghisap darah yang dahagakan uncang emas.Kalau tidak nafi dan jawab segala tuduhan segera takut khuatir menjejaskan nama baik UMNO hingga agenda Perdana Menteri terencat dek isu cinta juta-jutaan ringgit ini.

MAHAGURU HADIR KE DATARAN MERDEKA



Di khabarkan MAHAGURU hadir untuk melihat sendiri anak-anak murid yang sanggup merendahkan martabat diri hanya kerana ingin menjadi seperti MAHAGURU dan tidak lupa juga
pada mereka yang mengamalkan seksualiti seperti MAHAGURU

Kerajaan Tunai Janji Bantu Pembeli Rumah PPR/PA

Seperti yang dijanjikan oleh Menteri Wilayah dan kerajaan BN untuk membantu golongan pembeli rumah PPR/PA kini golongan pembeli boleh menarik nafas lega bila surat tawaran baru skim dibawah Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan(SPWP) telah mula diedarkan pada semua pembeli yang layak untuk menerima atau tidak skim tersebut.diharap dengan bantuan sokongan dari pihak kerajaan BN yang prihatin dengan segala masalah rakyat akan mendapat penilaian yang sepatutnya.


AURA YBM TENGKU RAZALEIGH MENAKUTKAN UMNO KELANTAN DAN PUSAT?

                                               
Mengikut surat yang dihantar oleh ahli umno gua musang pada Tengku Adnan agar mengambil tindakan pada group 16 telah membuktikan bahwa AURA YBM Tengku Razaleigh masih berbisa dan boleh menghalang diri mereka atau pemimpin-pemimpin bangkai mereka untuk mencapai matlamat sebenar mereka.adakah group 16 ini secara jujur dan berani menyatakan siapa yang akan mereka sokong jika YBM Tengku Razaleigh di jatuhkan,tidak kerana mereka bukanlah pejuang yang berani bersemuka,jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas dalam wadah perjuangan umno,bagitau siapa ketua mereka sama ada Najib,Muhyiddin atau kepimpinan dari negeri Kelantan sendiri.jangan lupa YBM Tengku Razaleigh telah membuktikan AURAnya masih berbisa dengan menjadi Pengarah pilihanraya kecil yang lalu dan telah menang calon BN dengan majoriti yang bertambah.jika Najib meletakkan Awang,Mus atau Anuar Musa sebagai Pengarah pilihanraya kecil pada ketika itu berkemungkinan besar calon BN tidak akan memenanginya.namun persoalan disini adakah  kepimpinan Umno Pusat berani untuk mengambil tindakan pada group 16 ini atau sememangnya group 16 ini diarahkan oleh pihak2 dari UMNO PUSAT sendiri?kalau disingkap pada PRU12 begitu banyak kesilapan dari kempimpinan Umno Pusat yang mengatur strategi untuk menawan KELANTAN dengan peruntukan berjuta-juta hanya kerana untuk undi tapi bukan untuk membantu rakyat.janganlah bersikap BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.kalau benar-benar pejuang,berjuanglah dengan ikhlas dan jujur kerana ia akan menunjukkan sikap sebenar seorang pejuang....

Biseksual : Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?


                                    
Laman suarapakatanrakyat.com dalam artikel terbarunya hari ini mendakwa saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan akan dibatalkan tetapi saman terhadap Utusan Malaysia yang melaporkan sidang media itu akan diteruskan.
“Penulis menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.
“Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan”, katanya.
Menurutnya, ini menjawab teka teki kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
“Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
“Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan”, katanya.

sumber

Pasport ditahan tetapi Pengerusi NFC masih ke luar negara



Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bercanggah dengan dakwaan kerajaan Umno-BN projek itu telah ditender semula kepada syarikat lain dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.
“Pada 27 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa projek ini telah ditender semula dan akaun NFC dibekukan. Oleh itu, mengapa Pengerusi NFC bebas ke luar negara termasuk ke Singapura dan Kazakhtan atas alasan urusan perniagaan? Adakah operasi perniagaan NFC berjalan seperti biasa?” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
13 April lalu, Mohamad Salleh, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta ‘signatory’ Syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April untuk memastikan perniagaan di sana berjalan lancar, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazakhstan untuk mencari lokasi baru membuka ladang baru pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana.
Pasport itu akan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini iaitu 48 jam selepas kembali ke tanah air.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak, kerajaan bertanggungjawab atas segala pembohongan mengenai pembekuan operasi NFC.
“Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggung jawab kepada persoalan ini. Walaupun kes ini masih dalam  perbicaraan mahkamah namun kerajaan harus bertanggung jawab memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana,” katanya.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengadakan perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung di ibu negara, 29 April ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengemukan borang permohonan permit bagi mengadakan perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung di ibu negara, 29 April ini.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, permohonan tersebut akan mendapat maklum balas pada masa terdekat.

Menurutnya, mereka memohon kelulusan untuk menggunakan sama ada Dataran Merdeka, Padang Merbuk atau mana-mana tempat yang sesuai di ibu kota.

“Perhimpunan ini dijangka dihadiri orang ramai daripada pelbagai kaum bagi melahirkan rasa syukur di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

“Kita akan berdoa pada perhimpunan tersebut dan disertai tokoh- tokoh yang menyampaikan ceramah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan wakil rakyat pembangkang menghina Raja-Raja Melayu ketika upacara pertabalan dan menganggap tindakan tersebut sebagai penderhaka serta hilang kesetiaan kepada negara.

Abdul Rahman berkata, perhimpunan yang bermula dari jam 9 pagi itu akan berterusan sehingga petang dengan pelbagai perngisian program.

“Kita akan terus mempertahankan institusi Raja dan mengajak orang ramai untuk bersama,” katanya.

Sementara itu, Perkasa akan terus mempertahankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menganggap mereka yang meminjam seharusnya membayar semula.

“Kita bukan negara maju lagi yang boleh menanggung pelajar belajar ke universiti dengan percuma. Kerajaan juga sudah memberi biasiswa kepada pelajar yang cemerlang,” katanya.

Pendidikan percuma hanya untuk IPTA


Pendidikan dan perubatan antara hak rakyat yang harus dinikmati secara percuma. Tetapi wujud satu lompong kemusnahan apabila pecuma ini ditafsir secara total.

Bayangkan kerajaan harus membayar perubatan secara percuma tanpa mengira swasta ataupun milik kerajaan sendiri. Maka wujudlah perubatan-perubatan bagai cendawan yang tumbuh. Dan wujud pula pesakit-pesakit upahan. Bertujuan claim bayaran dari kerajaan.

Mamak Cakra Alam siap buat hospital lagi. Pesakit2 pula dari kalangan kaum kerabat blogger Ikut Suka Aku. Tiap2 minggu sakit. Tiap2 hari claim. Mau gilo negara nih.

Begitu juga kalau pendidikan percuma ditafsorkan secara total. Maka, siapa yang kaya? Jika sebelum ini mereka kaya dengan duit yang dipaksakan bayar dari anak-anak Malaysia, kini mereka lebih mudah. Direct, terus dan cepat dari kerajaan.



So, gua berpendapat, selagi tidak ada mekanisme yang boleh menyekat apa yang gua khuatirkan, maka, gua HANYA SETUJU PENDIDIKAN PERCUMA HANYA PENDIDIKAN DI BAWAH TANGGUNGGJAWAB KERAJAAN SAHAJA.


sumber

PTPTN DAP SOKONG,PAS SOKONG JUGA...BETUL KE?

                                                                  DAP SOKONG

                    

                   

                   


                                                                   PAS SOKONG JUGA
         

                                                         

Lim Kit Siang Nak Bertanding Di Johor! Apa Kata Orang Di Negeri Kelahiran UMNO?



Ura-ura DAP mahu meletakkan Lim Kit Siang bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen di Johor samaada di kawasan Labis, Kulai atau Gelang Patah yang sekiranya menjadi kenyataan sebenarnya hanya mengundang padah umpama menggali kubur sendiri.

Mengikut maklumat Wikipedia, Lim direkodkan pernah bertanding di tiga buah negeri, Melaka, Penang dan termasuk sekarang ini Perak, jika kali ini beliau benar-benar meneruskan tabiatnya yang gemar berpindah randah kawasan bertanding itu pada PRU ke 13 nanti, bermakna Johor adalah denstinasi negeri yang keempat.

Kebetulan atau mungkin takdir agaknya, angka 4 mengikut kepercayaan masyarakat Cina sering dianggap suew dan sial ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai sģ yang memberi maksud sial atau mati. Barangkali sudah takdir agaknya hayat politik Lim Kit Siang penamatnya adalah di negeri Johor.

Sebetulnya, faktor Johor itu sendiri adalah kubu kuat UMNO dan BN ditambah lagi dengan trend sokongan terkini yang makin memihak kepada BN lebih dari mencukupi untuk meletakkan pembangkang tercari-cari formula untuk menembusi benteng BN di Johor.

Perkiraan DAP dan PR yang mahu melebarkan pengaruh mereka ke Selatan dengan andaian watak Lim kit Siang akan menarik sokongan besar pengundi Cina di sana mungkin betul di atas kertas sementelah lagi jika faktor keputusan pilihanraya umum 2008 dijadikan sandaran. Pun begitu, faktor PRU 2008 bukanlah sandaran terbaik dan tepat untuk pembangkang berangan apatah lagi mahu menafikan suasana hari ini yang sudah amat jauh berbeza mood dan trendnya.

Jika tatkala BN termengah-mengah mengharungi PRU 2008 gara-gara masalah kepimpinan ditambah lagi dengan rantaian pelbagai isu pun pakatan pembangkang masih gagal menumbangkan BN, jadi di mana logiknya untuk PR mendabik dada kehadiran Lim Kit Siang di Johor kelak akan menyebabkan BN sesak nafas?

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU 2004. 

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri dan di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apapun game plan yang cuba di rintis oleh pakatan pembangkang yang pastinya ia tidak sedikitpun mengundang gentar kerana rakyat rata-ratanya makin memahami halatuju DAP, PKR mahupun Pas jauh dari memenuhi tuntutan rakyat yang berkehendakan pemimpin dan parti yang berjuang demi kebaikan masyarakat dan bukannya membina kekuatan atas modal isu semata-mata.